Pages

click ler

Friday, December 30, 2011

  Salam pada semua, lama sungguh tak update blog. bukan apa, hujung tahun ni bizi gile ngan kerja - kerja kat opis, pastu dengan keadaan bekalan internet yang terhad. tak boleh lah aku nak update selalu. Tahun 2012 bakal menghampiri, 2011 pulak bakal meninggalkan kita. seperti biasa persoalan yang orang tanya adalah apa Azam kita tahun depan. kekadang aku rasa mcm malas je nak jawab, sebab nya bukan apa. azam yang kita letak tu pon kekadang macam ala-2 nak best jer. tapi haram tak buat pon. aku lebih suka apa yang aku nak buat tu secara surprise.hehehehe
    2011 memang amat bermakna buat aku sebab aku kahwin ngan isteri tercinta dalam tahun ini. dan pelbagai memori duka dan gembira ada dalam 2011 ni. dan harapan aku adalah pada 2012 aku akan menjadi seorang ketua keluarga yang mithali InsyAllah. dan sentiasa dimurahkan rezeki. dan berharap aku dapat berkongsi ngan semua pembaca segala info-2 berguna yang dapat dikongsi bersama. ni pon still sibuk dengan penutupan akaun. so, akhir kata berjumapa lagi di tahun hadapan yang beberapa hari lagi bakal tiba InsyaAllah...


SELAMAT TAHUN BARU

Monday, November 14, 2011

Kisah CInta Suami ISTERI

Kisah CInta Suami ISTERI  
 
 


Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan
acara pernikahannya sungguh
megah. Semua kawan-kawan dan keluarga
mereka
hadir menyaksikan dan
menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu
acara yang luar biasa
dan
sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu
cantik dan anggun dalam
gaun
putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam
yang gagah. Setiap
pasang mata yang memandang setuju
mengatakan
bahawa mereka
sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata
kepada isterinya:

"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel
dalam majalah tentang
bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali
pernikahan kita", katanya
sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-
masing kita akan
mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari
pasangan kita.
Kemudian,
kita akan membahas bagaimana kita mengubah
hal-hal tersebut dan
membuatkan perkahwinan kita bersama lebih
bahagia ...".

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-
hal dari pasangannya
yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan
tersinggung ketika
pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik
kerana ia adalah untuk
kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka
sepakat untuk berpisah tidur
dan mencatat apa yang terlintas dalam benak
mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia
membincangkannya. "Abang akan
mulai dulu ya", kata suami. Ia lalu mengeluarkan
senarainya. Banyak
sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ...
Ketika ia mulai
membacakan satu persatu hal yang tidak dia
sukai
mengenai diri
isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata
isterinya mulai mengalir...

"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya.
"Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya.

Lalu si suami melanjutkan membacakan semua
yang tersenarai, lalu
kembali melipat kertasnya dengan manis di atas
meja dan berkata dengan
bahagia, "Sekarang giliran sayang pula
membacakan senaraimu".

Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Sayang
tidak mencatat
sesuatupun di atas kertas sayang. Sayang berfikir
bahawa abang sudah
sempurna, dan sayang tidak ingin mengubah akan
diri abang. Abang adalah
diri abang sendiri. Abang kacak dan baik di sisi
sayang. Tiada satupun
daripada peribadi abang yang sayang dapati
kurang ..."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh
pernyataan dan ungkapan
cinta serta isi hati isterinya... bahawa isterinya
menerima dirinya
seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis...

P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain,
carilah kekurangan
diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk
dibandingkan dengan
orang
lain?... Kalau jawapan nya YA, maka kita
berbohong atau kita PERASAN.

Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam
dunia ini dan sentiasa ada
yang perlu diperbaiki.. . wallahua'lam. ..

"Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita
kerana kelebihan kita
dan menerima segala kelemahan kita, sudah
pastilah orang ini adalah
sangat ikhlas menyayangi diri kita... INSYA
ALLAH."

Thursday, November 3, 2011

Battlefield 3 [Eng]





Keperluan System adalah seperti berikut: anda hendak lah mempunyai kesemua-2 ciri dibawah ini di CPU anda...
OS: Windows® XP SP 3 (32-64 bits) / Windows Vista® (32-64 bits) / Windows 7® (32-64 bits)

CPU: (Minimum) 2GHZ Dual Core (Core 2 Duo 2.4GHZ or Athlon x2 2.7GHZ) (Recommended) Quad-core Intel or AMD CPU  

Memory: (Minimum) 2 GB RAM (Windows XP) / 2 GB (Windows Vista and Windows 7) (Recommended) 4 GB for Windows ® XP, 4 GB for Vista / Windows ® 7

Video Memory:(Minimum)Graphics card AMD: DirextX 10.1 compatible with 512MB RAM (ATI Radion 3000, 4000, 5000 or 6000 series, with ATI Radion 3870 or higher performance) Graphics card Nvidia: DirectX 10.0 compatible with 512MB RAM (Nvidia GeForce 8, 9, 200, 300, 400 or 500 series with Nvidia GeForce 8800 GT or higher performance)(Recommended)DirectX 11 compatible with 1024MB RAM (Nvidia GeForce GTX 560 or ATI Radeon 6950)  

HDD : 15 GB of free Hard Drive Space/  

Sound Card: compatible with DirectX 9.0c













 Battlefield 3 




CD 2

gunakan Virtual cd seperti demon tool untuk extract file ni, kalau ade winrar pon boleh guna untuk extract.

Wednesday, October 19, 2011

Dead Rising 2: Off the Record [Eng] [RePack]





Keperluan System adalah seperti berikut: anda hendak lah mempunyai kesemua-2 ciri dibawah ini di CPU anda...

OS: Windows® XP SP 3 (32-64 bits) / Windows Vista® (32-64 bits) / Windows 7® (32-64 bits)
CPU
: Intel Core 2 Duo 2.4 Ghz or better, AMD Athlon X2 2.2 Ghz or better
Memory
: (Minimum) 2 GB RAM (Windows XP) / 2 GB (Windows Vista and Windows 7)
Video Memory
:NVIDIA® GeForce® 8800GTS or better, ATI RadeonTM HD 3850 or better
HDD : 9 GB  of free Hard Drive Space/
Sound Card
: compatible with DirectX 9.0c

Dead Rising 2: Off the Record [Eng] [RePack]

Download disini

Tuesday, October 11, 2011

DeaD IslanD






Year: 2011 l Platform: PC l Bahasa: Bahasa Inggeris l Developer: Techland (Poland) l Publisher: Deep Silver l 1,81 GB
Genre: RPG (Rogue / Action) / 3D / 1st person

   Pulau Banoi yang indah, syurga tropika di Pasifik Selatan di mana Royal flagship Palms Resort berfungsi sebagai tempat percutian yang terbaik untuk pelancong-pelancong yang mempunyai wang untuk dihabiskan dan di enjoykan sempena cuti universiti(sebab xde langsung budak dalam game ni)
Walau bagaimanapun, semua keseronokan itu mesti sampai ke penghujungnya dan pusat peranginan yang indah jatuh ke dalam kehancuran, pembunuhan beramai-ramai dan huru-hara selepas wabak zombie misteri dan berjangkit membuatkan suasana yang damai menjadi huru hara. Terpisah dari seluruh dunia, hanya empat individu yang pelik betul mendapati diri mereka imune dari penyakit tersebut dan
mempunyai kuasa untuk melindungi baki mereka yang terselamat dari kengerian pulau, untuk menemui apakah yg sebenar-benar berlaku dan mencari jalan untuk melarikan diri sebelum maut masing-masing berakhir. game ni memang best giler la... sesapa yang takut zombie pikir la dulu sebelum main, sebab game nyer terkejut-2.


keperluan minimum pc:


OS: Windows XP, Vista atau 7

CPU: Intel Core 2 Duo 2,66 GHz atau bersamaan
RAM: 1 GB RAM
Disc Drive: DVD-ROM Drive
Cakera keras: Sekurang kurang nye 7GB space
Video: NVIDA GeForce 8600, ATI 2600XT
Sound: DirectX 9.0c compatibale dengan kad bunyi

download adalah direct ke dalam pc... so, make sure HDD yang korang nak simpan benda ni mesti lah bnyak lagi okey.. let say korang ada 7GB jer.. so, mmg tak boleh la...

link download disini -

Monday, October 10, 2011

Anjing Robot Askar Masa Depan


     AlphaDog adalah robot yang tak macam kebanyakan robot yang hanya boleh berjalan dan mengekal kan kestabilan. Sambil berjalan robot ini telah membuat pusingan untuk beberapa waktu - Honda ASIMO adalah salah satu contoh robot sebegini. Cabaran yang besar telah membuat kan mereka dapat bergerak pada kelajuan yang munasabah. Berbalik pada AlphaDog ini, Kebanyakan pengiring tentera menggunakan kenderaan. Tetapi kenderaan tak dapat berfungsi tanpa jalan, dan di banyak bahagian dunia tidak seperti negara yang maju yang ada jalan. Negara seperti Afghanistan yang berbukit bukau menyukar kan kenderaan dorang ni nak bergerak. so, keldai adalah salah satu kaedah yang biasa digunakan untuk membawa barang – barang askar ni. Walaupun tentera AS telah melatih askar dalam pelbagai cara untuk mengendalikan haiwan – haiwan ini. Tetapi haiwan ini memerlukan makanan dan boleh menjadi susah untuk dikawal oleh mereka yang tidak mempunyai pengalaman dengan haiwan. Haiwan ini mungkin juga melarikan diri dalam keadaan kelam kabut apabila mereka mendengar tembakan. Mau tak nye, anjing bunyi mercun pon da lari tak cukup tanah.

    Oleh itu Jabatan Pertahanan, melalui Defense Advanced Research Projects Agency iaitu DARPA telah mencari alternatif. Bertempat di Waltham, Mass. Syarikat Boston Dynamics, projek ini dimulakan oleh sekumpulan graduan MIT yang berminat dalam robotik, menggunakan dana DARPA bagi percubaan. Kumpulan ini muncul dengan kaedah yang menggunakan pelbagai teknik gyroscopes, mereka ni mencari pelbagai benda yang berkaitan dan penyerap kejutan yang direka untuk membantu robot "melihat" alam sekitar dan meniru cara sebenar haiwan berkaki empat berjalan.



    Cabaran besar mereka pula adalah untuk memahami akan perangai haiwan yang tidak berapa sempurna ketika mengimbang kan badan ketika berjalan. Dan mereka lebih untuk mengawal ia dari jatuh. Dan juga ternyata yang dorang ni tak perlu untuk mencuba dan mengira sebanyak mana pergerakan yang akan terjadi setiap masa. Lebih senang jika mereka melihat keadaan dimana langkah perlu dijaga dan pengiraan dijalan kan. Anggaran pengiraan itu seterus nya boleh dimasukkan semula ke “otak” robot tersebut untuk dia mengira keseuaian untuk mengimbang kan badan. Salah satu daripada prototaip awal BigDog, ialah robot berkaki empat yang dikuasakan oleh enjin dua lejang. Ia sangat bising (dua-lejang adalah bersamaan dengan kuasa rantai) tetapi ia berjaya, mampu untuk berjalan sejauh 12 batu dan mengangkat bebanan sebanyak 340 pounds. AlphaDog adalah di jana dari BigDog ini, dan diupgrade kan lagi untuik mengangkat bebanan lebih besar dan bergerak pada jarak yang sama. Ia juga senyap. Nampaknye barat makin canggih dalam sediakan alatan perang diorang. Jangan nanti nak tawan negara yang miskin diorang lepaskan anjing robot ni. Dan aku akan keluar kan pulak satu produk berasas kan air, pastu campak jer kat robot dorang ni.. ngeh ngeh ngeh...



SUMBER

Tuesday, October 4, 2011

Roti Naan Besaq Punyer..!

Korang pernah tak makan roti naan? Roti naan pada aku makanan mendiet kan. Aku plak memang ade keturunan Pakistan, sebab arwah datuk aku pon orang Pakistan. Cuma muka aku je la takda cam mamak Pakistan  tp ade cam cine sikit pasal aku ade darah cina dari nenek aku belah mak. Aku bukak citer pon bukan pasal keturunan, sebab kang citer keturunan entah bila nak selesai plak? nanti jadi macam citer afdlin shauki tu. Yang jalil hamid citer bapak aku punya bapak punya bapak. Hehehehe.. sampai sudah tak habis. Jadi disini aku nak kongsi kan cerita dari luar, iaitu roti Naan terbesar dalam dunia. Tak tau la dorang punya roti ni ke yang terbesar.



Sorang Chef di china ingin menempah rekod dunia dengan membuat Roti Naan terbesar di dunia, chef yang berasal dari Qiemo County, Wilayah Autonomi Xinjiang itu bernama Memeti, dengan dibantu oleh 4 perintis dan 12 pembantu yang memerlukan 12 jam untuk menyiapkan roti naan terbesar yang menjadi makanan popular di Negara India. Roti naan jugak secara tradisional nye dibakar didalam tempayan tanah liat. Tabung yang dibiaya oleh pembayar cukai digunakan dorang ni untuk membuat papan pemotong dan tempat membakar seluas 19 kaki bagi merealisasikan  impian dorang ni nak wat roti naan besaq punya. Dianggarkan cukup besar untuk diberi makan kepada 10,000 orang, diameter naan sebanyak 9 kaki dipenuhi dengan daging dadu dan dibuat dengan 66 paun daging kambing, 275 paun tepung dan 35 paun bawang! Giler banyak... kalau kita makan sorang la kan.. berapa tahun baru abis kan? Bila aku kira –kira la, kalau makan roti ni sorang, pastu sehari 3 kali. Maka harus aku katakan dengan perkiraan aku ni, mau dekat 9 tahun baru abis. Ikutkan  penduduk – penduduk tempatan tak suke pon sebnornyer. Mau nye org kampung x suka kalau dah duit dorang bayor untuk cukai diguna wat benda camni. pastu plak dorangnye negara pon ade masalah ekonomi yang melampau. Lagi ler dorang  tak suka. Walau bagaiamanapun kerajaan dorang ade support untuk program ni.
Terciptanya roti naan gergasi ni, ia secara tak langsung turut memberi kebanggaan pada sesetengah penduduk dan pada masa sama gak diberi makan kat seluruh kampung. kira macam RMT la ni, rancangan makanan tambahan. perki kerja bawak sepotong. ekekeke. 


Wednesday, September 14, 2011

Cari DuiT dan MeNanG dengan SayS.my

Add caption


   Salam, seperti entry aku mengenai Says.my sebelum ni. aku ingin la sekali lagi mengajak korang menyertai kempen yang dijalan kan oleh says.my ni. hadiah - hadiah dia cukup lumayan. aku join pon pasal bila mana aku check benda ni memang aku rasa betul, pada aku betul sebab mereka ade bukti. lepas tu plak nama pemenang ngan profile mereka ada. kadang - kadang dorang akan keluarkan survey yang ada bayaran. walaupon tak banyak, tapi kalau kita berusaha. kita akan dapat hasil nyer. rezeki ade je kat mana - mana, cuma kita je kena rajin kan usaha. InsyAllah adalah habuan nye. berbalik pada cerita Says.my ni. baru ni mereka keluar kan kempen social good. kempen ini bertujuan untuk membantu badan bukan kerajaan dalam menjayakan kempen kesedaran atas kebajikan yang NGO ni buat. cara nya kita kena support kempen yang dijalankan. pada korang yang nak join says.my ni boleh la pergi ke bahagian bawah ni.



untuk melihat salah satu bukti mereka yang menang, korang boleh la
pergi ke sini --> blog says.my

so, apa tunggu lagi mula lah mencari sedikit demi sedikit hasil nyer, ingat lah sikit - sikit lelama jadi bukit.. hehehe, sekian promo dari aku. terima kasih.

Monday, September 12, 2011

seLaMaT HarI raYA AidiLFiTrI

     Salam, tak ucap lagi kan selamat hari raya? so, disini aku sebagai pemilik blog ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan segalanya. batin untuk orang rumah jer.. huwarggh kah kahkah... diucapkan pada pembaca blog aku dan rakan-rakan yang mengenali diri ini. raya tempoh hari adalah raya pertama aku sebagai suami pada seorang isteri yang vary the caring. dan raya pertama aku di rumah mentua, dan raya pertama aku x balik kampung. hehehehe.sebab masa bujang aku ikut mak abah aku balik kampung di perak dan seterusnya di pulau pinang.aku ni lahir di penang. so, masa raya kedua tu aku bawak isteri aku balik ke penang untuk dikenalkan pada pak menakan dan mak menakan aku yang tak dapat hadir pada kenduri aku awal tahun hari tu.
     Raya tahun ni macam best jugak sebab, 1st pengamalan aku masuk hutan cari buluh wat lemang. pagi - pagi da keluar masuk hutan dekat perkampungan orang asli di mana ntah. lupa plak. nanti tanya orang rumah. banyak gak lah dapat buluh nak wat lemang, yang carik dan potong pak mentua aku dan adik ipar aku. aku ni kira amik pengalaman lah kan, dah nama pon 1st time. pak mntua aku ajar la cara nak potong belah mana dan bentuk buluh yang elok. memang buluh yang pak mentua aku pilih semua lawa-lawa. sebanye bila balik dari situ, aku compare kan dengan buluh yang orang nak jual pada peniaga lemang tak sebesar yang pak mentua aku carik. da dapat buluh lemang tu kami pergi ke anak sungai. fuhh, air sungai dia sejuk giler. kalau tak kerana puasa. aku dah terjun masuk dalam air tu. ikut kan boleh jer, tapi sure ker kita tak tertelan air? dan camner kalau tetiba terkentut dalam air tu? proses gelembungan akan terjadi, tak ke air tu termasuk cikit kat dalam montot?
gambar sekadar hiasan
     So, selepas settle tu semua, kami pon balik lah ke rumah. dapat lah dalam 50 ++ batang buluh. banyak tu. 
Raya pertama sebagai suami isteri memang lain. best ader orang siap kan baju semua.hehehehe. buat isteri ku, nanti abang tolong la memana patut yer sayang. hahahaha. raya pertama aku banyak pergi beraya dekat rumah sedara-2 isteri aku. letih takyah cakap lah, aku dan isteri aku memang nak cari port tidor jer. balik je rumah pas solat apa terus tidor. malam takde kemana - mana sebab aku nak rehat kan badan pasal raya kedua nak drive balik kg. mak aku kat penang dan singgah diperak untuk naik satu kereta ngan family aku.
      Raya kedua adalah dipenang, ini pulak pertama kali wat aku suami isteri. heheheh, sori yek kalau entry aku kali ni banyak "pertama kali wat suami isteri"  yer la, isteri aku dengar nya baru pertama kali datang penang. so, sampai kat jambatan pulau pinang baru aku sedar dari lelap dan aku wish selamat datang kat isteri aku. kat penang of coz la jalan jem giler, asal aku balik je sana tiap-2 tahun mesti leh sesat sebab jalan banyak jadik one way. nasihat aku pada rakan - rakan yang ingin bercuti di penang tu, planning awal-2. carik hotel apa semua. penang ni kan syurga makan. pekena nasik kandaq weh... banyak nasik kandar kat area shah alam semua da macam tak original. yang kat penang tu betui punya. tapi adalah jugak yang mana nak kaut untung tu memang tak sedap.di penang selama 2 hari jer. takde apa yang menarik selain pergi beraya ke rumah sedara mara. nak gi jenjelana bukit bendera pon tak sempat. lagi pon makcik aku contact sedara yang duk area bukit bendera tu tanya keadaan, dan dia cakap memang sesak. yer lah dah nama raya. masa tu je lah orang dari luar masuk bercuti. abg pupu dan pakcik aku datang pon tak naik sebab kena tunggu dalam kereta kerana dah takde parking kat area bukit bendera tu.
     raya ketiga kami semua kumpul reramai ngan adik beradik abah aku, lepak kat batu feringghi. ade apartment kat area situ. pastu malam nye pulak ade night market. tapi macam tak best jer. aku rasa harga barang yang jual kat night market tu mahal lagi dari yang ade kat shah alam. penat jalan jer. raya keempat gerak balik ke shah alam. 



Thursday, September 8, 2011

disk cleanup

     salam semua, disini aku nak menunjukkan cara untuk membersih kan hard diskkorang okey. seterusnya ia dapat meningkatkan potensi hard disk korang tu. kira macam bersih kan lah dari file-file yang da lapuk. manual ini juga ditujukan kepada isteri aku yang asyik ngeluh pc dia selalu probs and berat.

1. pertama sekali korang pergi dekat my computer dan klik lah icon my computer tu.

okey, sekarang ni da masuk dalam my computer akan nampak benda ni semua kan?untuk aku, hard disk aku terletak di drive: C, so korang klik kanan kat hard disk yang korang nak clear kan. seperti gambar bawah.



2. nampak tak properties tu? so, klik la properties tu dan akan keluar lah  window seperti dibawah, window tu menunjukkan size hard disk korang berapa banyak bahagian yang telah digunakan.

3. okey, bahagian ni menunjukkan berapa bahagian yang telah hard disk kita gunakan untuk menyimpan segala-2 file kerja,movie gambar dan macam-2 lagi dalam hard disk tu, dan warna pink tu pula menunjukkan ruangan yang masih kosong. sekarang ni nampak kan tab 'disk cleanup ' tu? so, korang klik lah disk cleanup tu dan dia akan pop-up window progress yang akan mengira segala isi-2 yang tak berguna dalam hard disk tu seperti gambar dibawah.

4.so, dah nampak kan?lepas progress window atas tu, dia keluar plak yang bawah ni. untuk buang segala temporary file tu, just tick je lah kat mana kotak-2 yang rasa nak buang. pastu tekan lah okey dan proses pon berjalan.

5. lepas tu korang boleh cek balik hard disk korang tu. korang klik kanan semula dan check properties seperti langkah ke-2 tu. dan korang akan nampak size space kosong akan bertambah. itu saha ja. terima kasih.

Tuesday, August 23, 2011

HoBi bARu AkU : MenAnaM PoKoK

  Salam semua.. lama dah tak mengepost sepatah tiga empat patah perkataan. al-maklum la bulan posa la konon tak boleh cakap banyak, tapi post dalam blog tak keluar ayaq lioq pon kan..? So, untuk post terbaru ni aku nak berkongsi akan hobi baru aku yang memang baru laa jugak.
   Kisah bermula tika aku teringin nak menanam pokok cili padi, tapi dek kerana ilmu menanam yang cetek ia tak menjadi. huhuhuh.. sedih betoi, tangan tak bedung untuk menjadi penanam sejati. tapi takper laa, bukan semua orang wat apa menjadi kan? setelah aku check balik apa semua, baru aku perasan yang tanah aku guna untuk tanam tu tak sesuai dan biji cili aku tu pon patut jemur dulu, tapi aku tak jemur.adehhhh.. itu pon bini aku yang cakap. kalau tak memang aku tak tau la. so, setelah mendiam kan diri dari menanam pokok, aku pon da tak ingat dah pasal pokok-2 ni semua. sampai lah satu hari tu aku tido kat umah mak aku, and then mak aku sudah kasik benih roselle. dan dia suruh aku tanam kat umah pak mentua aku since tanah kat situ berpasir, dan aku pon bawak la balik pastu esok lusa tu pergi lah beli tanah organik dekat nursery area BRP sg. Buloh, dah dapat tanah organik tu aku pon balik and siap kan tempat untuk menyemai. memandang kan dulu tanam pokok tak hidup, so aku pon decide la nak tanam dalam bekas puding dulu, sebab nak tengok hidup tak kali ni dengan tanah organik bagai. so, bila dah prepare tu semua. aku pon buh la biji benih roselle tu.

ini lah bijik benih roselle


  Lepas je aku buh dalam bekas kecik tu, aku siram dan biar kan ia semalaman. memang nak kena biar la kan. takkan aku nak bawak ke hulu kehilir ,esok nyer tu jeng..jeng..-2 aku dah nampak anak pokok roselle tu. terkujat jugak sebab sekejap benar dia tumbuh..happy kemain rasa bila tengok naik.

ini selepas dalam 2 hari aku tanam, dia tumbuh.

  Gambar atas tu baru je 2 ari aku tanam, laju jer dia naik pokok. teruja plak bila tengok. balik je dari kerja aku akan pergi check dan siram, cadangan nak tanam bnyak sikit pokok ni kat umah mentua aku. so, pasni aku akan try lagi dan lagi. Insyallah harap-2 naik ler dengan jaya nyer.


benih da membesar dan tumbuh panjang sikit.
  Okey, atas ni plak ade lah anak pokok Roselle yang telah naik dengan cepat nyer iaitu sehari selepas gambar yang atas sekali tu, cepat kan? dalam tempoh ni la yang aku rasa dia naik cepat sesangat. sebab lepas je aku tukar anak pokok ni dalam pasu bunga yang besar sikit. dia panjang tapi x de perubahan lagi. gambar nye seperti dibawah ni.

setelah diubah ke pasu
   Ini lah dia tahap tinggi anak pokok roselle ni buat masa ni, aku harap sangat lah dia menjadi. sebab mak aku cakap pokok ni tak susah nak idup. harap-2 betul la kan. apa-2 pon Insyallah akan aku update kemajuan pokok ni disini. dan pada masa sama gak aku tengah menanam pokok tomato dan seterusnya aku akan cuba tanam pokok-2 sayuran yang lain. hehehehehe.


Tuesday, August 2, 2011

SelamaT BerpuasA di BulaN RamadhaN

Salam semua.. selamat berpuasa la aku ucap kan yer, harap semua dapat melaksanakan puasa dengan lancar semalam. first day puasa la katakan. rugi ler kalau miss. anyway aku jugak semalam tenang juga berpuasa, ini juga kerana duduk rumah jer sebab ade urusan dan terpaksa ambil cuti emergency. so, bila duk rumah tanpa wat apa-2 memang membosan kan. kena lak perut takleh nak isik apa-2 sebab puasa kan. maka petang tu, aku pon menyapu sampah lah dan melayan anak-2 buah aku disebelah bini. memang masa cepat berlalu semalam. tanpa disedari da masuk waktu berbuka. hehehehe, Alhamdulillah. time berbuka semalam tidak seperti berbuka puasa yang lalu. aku akan melantak smpai full perut. semalam pon adalah hari posa pertama aku berdua. yer laa, dah kahwin kan. tapi sian kat bini aku. 1st day posa dia demam teruk, dari minggu lepas lagi. tapi harap hari ni dia da recover abis.
       Hari ni plak, aku nyaris-2 tak bersahur. memang betul-2 aku tak sedar, aku sedar kul 5.20 pagi. terus kejut kan wife aku cakap dah lewat. sian dia terkejut dan kelam kabut nak kasik suami dia makan. sempat jugak la bersahur sebab makan dengan laju nyer. petang ni plak tak tau lagi mana nak berbuka. huwaaaaaa... dengar ketua kerani kat opis aku bilang yang jalan semalam jem. adoiyaiii, dah ler aku balik kul 5.30. dia plak cakap area sungai buloh jem teruk.. lagi ler aku takut. aku tak mau ler berbuka dalam kereta. tapi nak tak nak kena standby la jugak apa-2 dalam kereta yang boleh membatalkan puasa. takat korek idung tak thrill la plak.takper, hehehhe. opis baru bagi kurma taiyoob sorang sekotak. kurma kegemaran aku. yang jenis lembut-2 basah tu. aku x suka kurma keras-2. aku suka kurma yang macam ni bentuk nyer.

kurma ni ler aku dapat...

  kurma jenis basah ni sedap dan senang jer makan, kalau manis sangat pon sakit gigi dibuatnyer. harap-2 petang ni dapat lah berbuka di rumah. andai tak sempat aku berbuka kat rumah mak aku kat shah alam je la jawab nyer.

Thursday, July 28, 2011

Sukan Dwi Tahunan

 Salam semua.. lama sudah tak posting blog. okey laa, kebelakangan ni aku sibuk sesangat awal bulan julai hari tu pergi cameron. ingat nak update gak pasal cameron tapi x sempat. pastu selang seminggu gi penang dok seminggu plak kat sana. ade sukan tahunan pejabat aku. nanti ade masa aku update untuk cameron.
   17 julai aku berangkat ke penang dengan menaiki bas ekspress, sepatutnye aku bergerak awal lagi yakni sehari sebelum 17 julai. mean 16 julai, tapi ade presentation plak ari ahad tu. maka aku pon gerak sendiri lah, huhuhu sedih gak wooo.. nak tinggal bini masa tu, da la aku x nah tinggal bini aku lelama.masa nak gerak tu rasa sedih jer. hikhikhikh, aku nampak je brutal, tapi penyayang woo..bergerak dari shah alam dalam kul 6 ptg dan aku sampai di penang pada pukul 10 malam. cepat jugak la bas yang bawak aku tu, nak kata laju tu aku rasa cam slow, tapi cepat plak sampai nyer. selalunyer kalau aku naik bas mesti akan lalu dekat exit umah nenek aku. tapi malam tu aku tak sedar bila masa lalu pon aku tak tau. tu yang sampai dekat kul 10. turun lah aku kat stesen bas sg.nibong , tipon kawan aku sume diorang cakap tengah perasmian sukan. mean aku dah lepas lah perasmian. yer laa, perasmian start kul 8.00 malam. aku pon masa tu baru sampai mana, memang tak dapek la. sementara tunggu kawan aku Jamil datang angkut aku, aku pon gi makan kat depan bus stand, bajet taknak ler makan. tapi bila pikir kan seharian tak makan. aku pon gi laa makan. aku makan ngan sedapnyer, ngam - ngam habis makan. jamil pon tepon aku, pas dia pickup aku. kami gerak ler ke hotel. hotel pon takder la jauh mana, tapi memang letih ler nak jalan. sampai jer kat sana aku pon naik la ke bilik, 1 bilik 2 orang. partner aku telah pon sampai ari sabtu ari tu, mean dia dah malam kedua. aku pon masuk, bilik memang luas dan puas ati lah. team kami berkampung di B-Suite Bayan lepas. aku dok tingkat 3 bersama sama team pasukan badminton, kesemua game yang dipertandingkan ade 5 je. badminton, ping pong, karrom, dart dan bowling. aku memang dari dulu dah main badminton jer. so, memang aku da tak sentuh lah game lain.

Ini lah tempat kami lepak selama seminggu di penang, B-suite hotel

lepak kat hotel ni memang best laa, tapi tempat makan lak macam kurang. sebanyer, hotel tak sediakan makanan. kira kita duduk kat situ untuk menginap jer cuma kami adalah ambik pakej makan yang aku rasa tak berbaloi langsung. tak rasa apa. aku yang tak cerewet ni pon boleh jadi cerewet sebab makan nyer. tapi apakan daya, perut harus diisi. aku pon ngap je ler. hehehehe. tapi kawan aku yang lain diorang memang kata takleh blah. alternatifnyer, kami akan pergi lah nasik kandar fantasi kat sebelah JPJ batu uban. aku tak snap plak pic kedai tu. anyway nasik kandar dia best la gak and harga pon leh terima lagi. cuma first day aku makan tu kena sengat gak lah. hehehehe.
   hari pertama kami adalah game badminton, kena tibai ngan negeri johor. memang tak kata laa, depa leh menang pasai depa pakai import, memang buleh laa. siap kantoi sorang player depa naik bas sama - sama pegawai opis aku pastu leh lak bilang kata dia nak balik uitm shah alam. sebelah petang nye plak kami menang dengan negeri sembilan, tapi team aku kandas bila masuk suku akhir esok hari nyer berjumpa dengan tuan rumah. Tuan rumah iaitu penang turut sama main import, terang lagi bersuluh budak yang diambik main umur baru belasan tahun. tapi apa leh buat. biar kan je la, tak kemana pon.
   Badminton abis awal, so, hari - hari lain nyer kami just support team-2 rakan yang lain bermain. aku pon x de la kemana-mana dok kat penang tu. dari terperap dalam bilik tidor, baik aku gi support kawan aku. Hari jumaat baru lah kami kuar jenjalan ramai - ramai. pergi naik bukit bendera, tapi hampa. kalau dulu tangkap gambar atas tu, leh la nampak pulau pinang sayup jer bandar-bandar dia pasal kita kat atas puncak bukit bendera. tapi kali ini jerebu, tangkap gambar pon putih jer belakang. frust jugak, tapi x per. Insyallah next time pergi lagi. bawak orang rumah plak. sian bini aku kena tinggal seminggu.lepas dari bukit bendera, pergi lah beli barang souvenir dekat pagoda kek lok si temple. memula ingat nak naik la pagoda tu, tapi dengan jauh nyer dah tu plak ari jumaat. kami pon musafir pastu nak pergi tempat camtu.ishhhhh, x koser la teman.balik dari situ, singgah makan tengah hai kat penang street iaitu line clear.aku rasa cam biasa jer kat situ. tapi ramai orang kata sedap, line clear sedap.lain orang lain rasa. maybe aku dah kenyang kot.

betul cakap orang, beratur panjang orang kat sini nak beli.

petang jumaat dalam pukul 4, keluar awal dari hotel dengan berpakaian batik. sebab nak gi dinner untuk upacara penutupan sukan. majlis bertempat di dewan millenium kepala batas. kerana nak menempuh jambatan pulau pinang, kami kena gerak seawal pukul 4 petang. pastu singgah kat masjid area sana untuk solat asar dan maghrib pastu gerak dalam kul 8 malam pergi ke upacara penutup.

gambar sekadar hiasan, credit to wiki   

  sampai di Dewan Millenium kepala batas, amik tempat dan apa lagi melantak laa, nasik beriani muhamadiah ke apa nama ntah. pelik-pelik nama nasik sekarang. aku pon pasni nak belajar maasak dari mak ngan abah aku. mana tau Insyallah dapat build up brand aku sendiri.. hikhikhikhik.

ini lah dewan millenium.



Friday, July 1, 2011

Okay... disini aku sediakan ruangan untuk download apa saja yang aku rasa menarik untuk dikongsi, seperti software, movie, lagu dan apa saja....

ini aku mulakan dengan game dulu okey...

HOARD



preview game


PAPER PLANE




SHADOW HARVEST




Youda Farmer 2: Save the Village.




preview









Thursday, June 23, 2011

Roti Boy

         Dah lama tak menge-post kat sini, aku sekarang berkecimpung dalam perniagaan. perniagaan kecil-2an, mula nya saja nak tolong orang. pastu da syiok plak buat biz kecik-2 ni. even untung x banyak mana tapi kepuasan dalam berniaga tu ader.hehehe. aku memulakan perniagaan setibanya ke opis yang terletak kat shah alam, memula niaga ni memang malu gak laa. malu sebab kot-2 tak laku ke apa, roti yang aku jual akan ditanggung oleh aku sendiri kalau tak habis. seketul roti dijual dalam Rm1.60, murah tu tau. kat luar aku nengok Rm1.70 ke atas so 1st day try jual, sambutan kurang sikit. awal perniagaan la kan.. takkan nak untung banyak sedang kan sikit jer dapat. hari ke-2pulak Alhamdulillah rezeki, sambutan menggalakkan sehingga abis roti dijual. hehehehe. niat aku bawak roti ni pon sebab sian gak kat kawan-kawan nak turun gi beli makan time lapor petang-petang. so, dengan ade nya roti yang aku jual dorang leh call aku untuk aku datang bawak terus ke tempat kerja dorang. kira - kira style delivery lah ni. cuma takder cas. nanti ade gambar roti tu aku upload plak kat sini..pada kawan - kawan opis plak, harap support lah aku untuk belajar berniaga.ngeh ngeh ngeh..

yang atas tu roti pizza, sebelah roti kismis

kaler hijau tu roti kacang hijau dan yang bawah nyer kacang merah

ini plak macam pizza bun, tapi nama dia burger bun

pasni..aku akan update senarai roti mengikut waktu semasa.. so, sesapa nak order leh ler tengok kat sini..

Monday, June 13, 2011

Jom Join says.my


 salam semua, disini aku nak share website yang mana kita berkempen untuk dapat kan duit. tak banyak pon dapat, tapi kalau kita pandai dan kuat berkempen. hasil dia memuaskan jugak la. website aku maksud kan ni adalah http://says.my, website ni dia buat kajian dan kekadang survey pada semua rakyat malaysia. so, bila da jawab survey atau kempen ni, dorang akan bayar la sikit kat kita sebagai usaha kita untuk promo kan lagi website ni. website ni bukan scam dan aku pon masih mencuba untuk dapat kan seciput hasil. harap korang klik ler kempen - kempen mana aku jalan kan dalam blog ni dan aku dulu kan dengan ucapan terima kasih diatas sokongan korang terhadap segala kempen yang dijalan kan. pada sesiapa yang berminat untuk sertai http://says.my/ ni, boleh lah klik dibawah ni untuk pendaftaran dan seterusnye mula lah berkempen.. hehehehe, mana tau korang leh dapat lebih lagi. kan..kan...


untuk pendaftaran klik dibawah ini


Once you go Black, you never go Back. After seeing this… you might just agree with that statement., ini adalah ayat kempen aku untuk promo kempen nie, apa yang aku tahu black berry ni memang mahal. tapi puas hati berdasarkan apa yang para pengguna black berry ni cakap la. aku tak pakai lagi. tidak berkemampuan lah katakan. Insyallah ade rezeki boleh pakai.. akan pakai lah jugak. untk kempen kali ni promonye adalah untuk mereka yang inginmenggunakan black berry tapi nak bayar bill bulanan tu murah. kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang kempen ni yang mana bill bulanan nye serendah Rm28 sahaja, wahhh!! murah tu,

nak tahu lebih lanjut klik link kat bawah ni..


Thursday, June 9, 2011

Membeli di Lollytot

      Salam semua, disini aku nak promo satu web yang mendiakan pembelian barang secara talian kira online shopping la, barangan yang dijual adalah barangan kanak - kana dan baby. barang an yang dijual kat web ni semua nye cute desing, cantik - cantik dan harga dia pon mampu gak la dengan barang - barang yang berkualiti. so, website yang aku maksud kan ni adalah lollytot.com.
      Lollytot.com  ni adalah penjual barangan kanak -kanak dan bayi yang mana mengikut trend masakini,barang -barang dia semua original,dan kualiti yang memuaskan barang-barang pulak khas untuk dibuat hadiah, party gift pack,educational DIY handicraft dan permainan pada harga yang berpatutan.Kalau korang yang takder anak pon boleh gak nak beli untuk hadiah kan pada anak sedara,kawan korang yang baru bersalin ,bakal adik ipar yang masih kecik dan sesapa je la yang korang rasa nak bagi.. hehehehehe.. kalau korang rasa nak tengok barang -barangan dia boleh la klik pada perkataan Lollytot tu. Korang akan direct pergi web dia dan boleh ler nak cuci mata dan kalau nak beli just add to cart jer pastu ikut arahan yang diberikan. barang -barang yang telah korang pilih akan dijumlah kan dan setelah buat bayaran. barang tu akan sampai kat rumah korang. Standard zaman sekarang, semua nak yang online dan hantar ke rumah terus.

    Sebelum aku terlupa, andai ade antara pembaca blog ni nak beli barang - barang dan dapat diskaun boleh lah baca bawah ni,


    Haaa.. amik kod ni dan masukkan masa nak buat pembayaran dalam tu, nanti korang akan diberi Diskaun. Okey semua..Selamat membeli belah..

Wednesday, June 8, 2011

Cuti Di Hulu Langat

     Pada Sabtu yang lepas, bini aku ajak aku gi hulu langat mengikut rombongan akak ipar aku ke rumah pakcik suami dia di Hulu Langat untuk berpiknik. Memandangkan bini aku pon da lama tak kuar jenjalan, aku pon setuju ajer lah. Sebelum tu ade mention jugak kat bini aku yang aku nak balik cepat dalam waktu tengah hari. Sampai pon tidak lagi masa tu, tapi da sibuk nak balik awal. hehehehe... perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam pasal keluar awal pagi sebab dah janji nak berkumpul dalam pukul 7pg ditempat yang dijanjikan, tapi kami smpai terlebih sedikit dari masa yang dijanjikan. perjalanan dari rumah ke tempat yang dituju ade lah lebih kurang 63km, kami pergi 3 biji kereta berkonvoi.
     Setibanya sampai disana, terasa dingin dan damai. sebuah rumah yang berada di atas tanah berkeluasan 3 ekar,  dengan kolam ikan sebanyak 5 kolam. dan dibelakang rumah ada sungai untuk mandi manda. walau bagai mana pun malam sebelum tu hujan lebat. jadi air sungai menjadi sedikit keruh. frust jugak sebab pakcik yang empunya tanah kata air dia sebenarnya jernih. tapi kerana malam sebelum tu hujan lebat yang teramat sangat, maka keruh la air tu. Lepas lelepak sambil breakfast dengan bekal-bekal makanan kakak ipar aku buat aku pon bersama - sama dorang turun la ke kolam ikan untuk meng-ushar luas nyer kolam dia, fuhhhh!! best gilak. banyak ikan talapia dalam tu, korang leh tengok gambar bawah ni. ikan dia berpusing-pusing dalam kolam. kolam-kolam ni dibuat sendiri dan tapak kolam ni bukan lumpur atau selut, tapi menggunakan pasir sebab takmau ikan tu rasa hanyir tanah. Memang betul tau, apabila makan ikan talapia yang pekerja dia tangkap pastu dibakar, memang fresh and sedap. dicicah plak ngan kicap cili potong-potong bawang. hehehehe.. resepi baik punyer.. tatkala melihat ikan-ikan itu berpusing, mana tahan lagi dah kami pon turun dan amik joran pastu terus mancing. ikan kat sini bukan makan dia main taram je. tapi makanan dia adalah dari pallet khas dan roti kering. kitorang plak yang nak mancing ni gi cari cangkul pastu cangkul la cacing buat umpan. kasik ikan-ikan ni merasa cacing sebelum dorang kiok.


.
tengok ikan dia, rasa nak baling jer jala

Anak buah aku yang excited memancing ikan, lepas da dapat. suh orang lain cabut ikan dari mata kail, takut punye pasal. bini aku gak yang berani..ekekekek..


dikawasan ni ade 3 kolam ikan je, 1 lagi di sebelah anak sungai dan satu lagi di depan jalan masuk ke rumah pak lang.
boleh kata semua kolam ikan nyer berpusar begini,tapi yang ni takde la dia bagi untuk mancing, maybe anak-2 ikan jer dalam ni.
ini lah kolam satu lagi yang berada di depan jalan masuk.

     Lepas memancing tu, jam da nak dekat kul 12 tgh hari, sebab terik sangat matahari, kami semua pon naik la ke atas untuk berehat sambil minum - minum sebelum tunggu masa lunch plak. lepas makan tgh hari, cuaca pon da redup, aku pon jenjalan plak ke kebun pak lang. tengok pokok - pokok dia semua da berbuah, best betul. syok bila jalan jalan kat kebun yang berbuah ni, bak kata pak lang. harga sayur naik la macam mana, dia tak rasa pon kenaikan tu. sebabnya, dia ade tanam sendiri dan fresh lagi. aku memang setuju, sebab buah limau nipis dia je besar-2 sebab baka thailand.

sebahagian pokok-pokok buah di kebun.
jalan masuk ke kebun pak lang.

pokok pisang, roselle, ciku, betik, dan macam-macam.
 
kebun pak lang ni memang luas, syok bila tengok pokok - pokok berbuah lebat macam limau nipis, ciku, roselle, memang rasa nak pergi lagi kat situ.








































































































 
      Pak lang ni apa yang aku dengar, dia tengah usahakan rumah dia ni sebagai homestay dan ada pakeja yang disediakan, walau bagaimana pon, aku x dapat nak detail kan pasal dia pun masih dalam bermesyuarat untuk wat homestay tu.Lebih kurang pukul 5 lebih camtu, kami pon gerak la balik ke rumah masing- masing.