Pages

click ler

Monday, October 10, 2011

Anjing Robot Askar Masa Depan


     AlphaDog adalah robot yang tak macam kebanyakan robot yang hanya boleh berjalan dan mengekal kan kestabilan. Sambil berjalan robot ini telah membuat pusingan untuk beberapa waktu - Honda ASIMO adalah salah satu contoh robot sebegini. Cabaran yang besar telah membuat kan mereka dapat bergerak pada kelajuan yang munasabah. Berbalik pada AlphaDog ini, Kebanyakan pengiring tentera menggunakan kenderaan. Tetapi kenderaan tak dapat berfungsi tanpa jalan, dan di banyak bahagian dunia tidak seperti negara yang maju yang ada jalan. Negara seperti Afghanistan yang berbukit bukau menyukar kan kenderaan dorang ni nak bergerak. so, keldai adalah salah satu kaedah yang biasa digunakan untuk membawa barang – barang askar ni. Walaupun tentera AS telah melatih askar dalam pelbagai cara untuk mengendalikan haiwan – haiwan ini. Tetapi haiwan ini memerlukan makanan dan boleh menjadi susah untuk dikawal oleh mereka yang tidak mempunyai pengalaman dengan haiwan. Haiwan ini mungkin juga melarikan diri dalam keadaan kelam kabut apabila mereka mendengar tembakan. Mau tak nye, anjing bunyi mercun pon da lari tak cukup tanah.

    Oleh itu Jabatan Pertahanan, melalui Defense Advanced Research Projects Agency iaitu DARPA telah mencari alternatif. Bertempat di Waltham, Mass. Syarikat Boston Dynamics, projek ini dimulakan oleh sekumpulan graduan MIT yang berminat dalam robotik, menggunakan dana DARPA bagi percubaan. Kumpulan ini muncul dengan kaedah yang menggunakan pelbagai teknik gyroscopes, mereka ni mencari pelbagai benda yang berkaitan dan penyerap kejutan yang direka untuk membantu robot "melihat" alam sekitar dan meniru cara sebenar haiwan berkaki empat berjalan.



    Cabaran besar mereka pula adalah untuk memahami akan perangai haiwan yang tidak berapa sempurna ketika mengimbang kan badan ketika berjalan. Dan mereka lebih untuk mengawal ia dari jatuh. Dan juga ternyata yang dorang ni tak perlu untuk mencuba dan mengira sebanyak mana pergerakan yang akan terjadi setiap masa. Lebih senang jika mereka melihat keadaan dimana langkah perlu dijaga dan pengiraan dijalan kan. Anggaran pengiraan itu seterus nya boleh dimasukkan semula ke “otak” robot tersebut untuk dia mengira keseuaian untuk mengimbang kan badan. Salah satu daripada prototaip awal BigDog, ialah robot berkaki empat yang dikuasakan oleh enjin dua lejang. Ia sangat bising (dua-lejang adalah bersamaan dengan kuasa rantai) tetapi ia berjaya, mampu untuk berjalan sejauh 12 batu dan mengangkat bebanan sebanyak 340 pounds. AlphaDog adalah di jana dari BigDog ini, dan diupgrade kan lagi untuik mengangkat bebanan lebih besar dan bergerak pada jarak yang sama. Ia juga senyap. Nampaknye barat makin canggih dalam sediakan alatan perang diorang. Jangan nanti nak tawan negara yang miskin diorang lepaskan anjing robot ni. Dan aku akan keluar kan pulak satu produk berasas kan air, pastu campak jer kat robot dorang ni.. ngeh ngeh ngeh...



SUMBER

No comments:

Post a Comment