Pages

click ler

Wednesday, June 8, 2011

Cuti Di Hulu Langat

     Pada Sabtu yang lepas, bini aku ajak aku gi hulu langat mengikut rombongan akak ipar aku ke rumah pakcik suami dia di Hulu Langat untuk berpiknik. Memandangkan bini aku pon da lama tak kuar jenjalan, aku pon setuju ajer lah. Sebelum tu ade mention jugak kat bini aku yang aku nak balik cepat dalam waktu tengah hari. Sampai pon tidak lagi masa tu, tapi da sibuk nak balik awal. hehehehe... perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam pasal keluar awal pagi sebab dah janji nak berkumpul dalam pukul 7pg ditempat yang dijanjikan, tapi kami smpai terlebih sedikit dari masa yang dijanjikan. perjalanan dari rumah ke tempat yang dituju ade lah lebih kurang 63km, kami pergi 3 biji kereta berkonvoi.
     Setibanya sampai disana, terasa dingin dan damai. sebuah rumah yang berada di atas tanah berkeluasan 3 ekar,  dengan kolam ikan sebanyak 5 kolam. dan dibelakang rumah ada sungai untuk mandi manda. walau bagai mana pun malam sebelum tu hujan lebat. jadi air sungai menjadi sedikit keruh. frust jugak sebab pakcik yang empunya tanah kata air dia sebenarnya jernih. tapi kerana malam sebelum tu hujan lebat yang teramat sangat, maka keruh la air tu. Lepas lelepak sambil breakfast dengan bekal-bekal makanan kakak ipar aku buat aku pon bersama - sama dorang turun la ke kolam ikan untuk meng-ushar luas nyer kolam dia, fuhhhh!! best gilak. banyak ikan talapia dalam tu, korang leh tengok gambar bawah ni. ikan dia berpusing-pusing dalam kolam. kolam-kolam ni dibuat sendiri dan tapak kolam ni bukan lumpur atau selut, tapi menggunakan pasir sebab takmau ikan tu rasa hanyir tanah. Memang betul tau, apabila makan ikan talapia yang pekerja dia tangkap pastu dibakar, memang fresh and sedap. dicicah plak ngan kicap cili potong-potong bawang. hehehehe.. resepi baik punyer.. tatkala melihat ikan-ikan itu berpusing, mana tahan lagi dah kami pon turun dan amik joran pastu terus mancing. ikan kat sini bukan makan dia main taram je. tapi makanan dia adalah dari pallet khas dan roti kering. kitorang plak yang nak mancing ni gi cari cangkul pastu cangkul la cacing buat umpan. kasik ikan-ikan ni merasa cacing sebelum dorang kiok.


.
tengok ikan dia, rasa nak baling jer jala

Anak buah aku yang excited memancing ikan, lepas da dapat. suh orang lain cabut ikan dari mata kail, takut punye pasal. bini aku gak yang berani..ekekekek..


dikawasan ni ade 3 kolam ikan je, 1 lagi di sebelah anak sungai dan satu lagi di depan jalan masuk ke rumah pak lang.
boleh kata semua kolam ikan nyer berpusar begini,tapi yang ni takde la dia bagi untuk mancing, maybe anak-2 ikan jer dalam ni.
ini lah kolam satu lagi yang berada di depan jalan masuk.

     Lepas memancing tu, jam da nak dekat kul 12 tgh hari, sebab terik sangat matahari, kami semua pon naik la ke atas untuk berehat sambil minum - minum sebelum tunggu masa lunch plak. lepas makan tgh hari, cuaca pon da redup, aku pon jenjalan plak ke kebun pak lang. tengok pokok - pokok dia semua da berbuah, best betul. syok bila jalan jalan kat kebun yang berbuah ni, bak kata pak lang. harga sayur naik la macam mana, dia tak rasa pon kenaikan tu. sebabnya, dia ade tanam sendiri dan fresh lagi. aku memang setuju, sebab buah limau nipis dia je besar-2 sebab baka thailand.

sebahagian pokok-pokok buah di kebun.
jalan masuk ke kebun pak lang.

pokok pisang, roselle, ciku, betik, dan macam-macam.
 
kebun pak lang ni memang luas, syok bila tengok pokok - pokok berbuah lebat macam limau nipis, ciku, roselle, memang rasa nak pergi lagi kat situ.








































































































 
      Pak lang ni apa yang aku dengar, dia tengah usahakan rumah dia ni sebagai homestay dan ada pakeja yang disediakan, walau bagaimana pon, aku x dapat nak detail kan pasal dia pun masih dalam bermesyuarat untuk wat homestay tu.Lebih kurang pukul 5 lebih camtu, kami pon gerak la balik ke rumah masing- masing.

No comments:

Post a Comment