Pages

click ler

Tuesday, August 23, 2011

HoBi bARu AkU : MenAnaM PoKoK

  Salam semua.. lama dah tak mengepost sepatah tiga empat patah perkataan. al-maklum la bulan posa la konon tak boleh cakap banyak, tapi post dalam blog tak keluar ayaq lioq pon kan..? So, untuk post terbaru ni aku nak berkongsi akan hobi baru aku yang memang baru laa jugak.
   Kisah bermula tika aku teringin nak menanam pokok cili padi, tapi dek kerana ilmu menanam yang cetek ia tak menjadi. huhuhuh.. sedih betoi, tangan tak bedung untuk menjadi penanam sejati. tapi takper laa, bukan semua orang wat apa menjadi kan? setelah aku check balik apa semua, baru aku perasan yang tanah aku guna untuk tanam tu tak sesuai dan biji cili aku tu pon patut jemur dulu, tapi aku tak jemur.adehhhh.. itu pon bini aku yang cakap. kalau tak memang aku tak tau la. so, setelah mendiam kan diri dari menanam pokok, aku pon da tak ingat dah pasal pokok-2 ni semua. sampai lah satu hari tu aku tido kat umah mak aku, and then mak aku sudah kasik benih roselle. dan dia suruh aku tanam kat umah pak mentua aku since tanah kat situ berpasir, dan aku pon bawak la balik pastu esok lusa tu pergi lah beli tanah organik dekat nursery area BRP sg. Buloh, dah dapat tanah organik tu aku pon balik and siap kan tempat untuk menyemai. memandang kan dulu tanam pokok tak hidup, so aku pon decide la nak tanam dalam bekas puding dulu, sebab nak tengok hidup tak kali ni dengan tanah organik bagai. so, bila dah prepare tu semua. aku pon buh la biji benih roselle tu.

ini lah bijik benih roselle


  Lepas je aku buh dalam bekas kecik tu, aku siram dan biar kan ia semalaman. memang nak kena biar la kan. takkan aku nak bawak ke hulu kehilir ,esok nyer tu jeng..jeng..-2 aku dah nampak anak pokok roselle tu. terkujat jugak sebab sekejap benar dia tumbuh..happy kemain rasa bila tengok naik.

ini selepas dalam 2 hari aku tanam, dia tumbuh.

  Gambar atas tu baru je 2 ari aku tanam, laju jer dia naik pokok. teruja plak bila tengok. balik je dari kerja aku akan pergi check dan siram, cadangan nak tanam bnyak sikit pokok ni kat umah mentua aku. so, pasni aku akan try lagi dan lagi. Insyallah harap-2 naik ler dengan jaya nyer.


benih da membesar dan tumbuh panjang sikit.
  Okey, atas ni plak ade lah anak pokok Roselle yang telah naik dengan cepat nyer iaitu sehari selepas gambar yang atas sekali tu, cepat kan? dalam tempoh ni la yang aku rasa dia naik cepat sesangat. sebab lepas je aku tukar anak pokok ni dalam pasu bunga yang besar sikit. dia panjang tapi x de perubahan lagi. gambar nye seperti dibawah ni.

setelah diubah ke pasu
   Ini lah dia tahap tinggi anak pokok roselle ni buat masa ni, aku harap sangat lah dia menjadi. sebab mak aku cakap pokok ni tak susah nak idup. harap-2 betul la kan. apa-2 pon Insyallah akan aku update kemajuan pokok ni disini. dan pada masa sama gak aku tengah menanam pokok tomato dan seterusnya aku akan cuba tanam pokok-2 sayuran yang lain. hehehehehe.


No comments:

Post a Comment