Pages

click ler

Tuesday, August 2, 2011

SelamaT BerpuasA di BulaN RamadhaN

Salam semua.. selamat berpuasa la aku ucap kan yer, harap semua dapat melaksanakan puasa dengan lancar semalam. first day puasa la katakan. rugi ler kalau miss. anyway aku jugak semalam tenang juga berpuasa, ini juga kerana duduk rumah jer sebab ade urusan dan terpaksa ambil cuti emergency. so, bila duk rumah tanpa wat apa-2 memang membosan kan. kena lak perut takleh nak isik apa-2 sebab puasa kan. maka petang tu, aku pon menyapu sampah lah dan melayan anak-2 buah aku disebelah bini. memang masa cepat berlalu semalam. tanpa disedari da masuk waktu berbuka. hehehehe, Alhamdulillah. time berbuka semalam tidak seperti berbuka puasa yang lalu. aku akan melantak smpai full perut. semalam pon adalah hari posa pertama aku berdua. yer laa, dah kahwin kan. tapi sian kat bini aku. 1st day posa dia demam teruk, dari minggu lepas lagi. tapi harap hari ni dia da recover abis.
       Hari ni plak, aku nyaris-2 tak bersahur. memang betul-2 aku tak sedar, aku sedar kul 5.20 pagi. terus kejut kan wife aku cakap dah lewat. sian dia terkejut dan kelam kabut nak kasik suami dia makan. sempat jugak la bersahur sebab makan dengan laju nyer. petang ni plak tak tau lagi mana nak berbuka. huwaaaaaa... dengar ketua kerani kat opis aku bilang yang jalan semalam jem. adoiyaiii, dah ler aku balik kul 5.30. dia plak cakap area sungai buloh jem teruk.. lagi ler aku takut. aku tak mau ler berbuka dalam kereta. tapi nak tak nak kena standby la jugak apa-2 dalam kereta yang boleh membatalkan puasa. takat korek idung tak thrill la plak.takper, hehehhe. opis baru bagi kurma taiyoob sorang sekotak. kurma kegemaran aku. yang jenis lembut-2 basah tu. aku x suka kurma keras-2. aku suka kurma yang macam ni bentuk nyer.

kurma ni ler aku dapat...

  kurma jenis basah ni sedap dan senang jer makan, kalau manis sangat pon sakit gigi dibuatnyer. harap-2 petang ni dapat lah berbuka di rumah. andai tak sempat aku berbuka kat rumah mak aku kat shah alam je la jawab nyer.

No comments:

Post a Comment