Pages

click ler

Monday, September 12, 2011

seLaMaT HarI raYA AidiLFiTrI

     Salam, tak ucap lagi kan selamat hari raya? so, disini aku sebagai pemilik blog ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan segalanya. batin untuk orang rumah jer.. huwarggh kah kahkah... diucapkan pada pembaca blog aku dan rakan-rakan yang mengenali diri ini. raya tempoh hari adalah raya pertama aku sebagai suami pada seorang isteri yang vary the caring. dan raya pertama aku di rumah mentua, dan raya pertama aku x balik kampung. hehehehe.sebab masa bujang aku ikut mak abah aku balik kampung di perak dan seterusnya di pulau pinang.aku ni lahir di penang. so, masa raya kedua tu aku bawak isteri aku balik ke penang untuk dikenalkan pada pak menakan dan mak menakan aku yang tak dapat hadir pada kenduri aku awal tahun hari tu.
     Raya tahun ni macam best jugak sebab, 1st pengamalan aku masuk hutan cari buluh wat lemang. pagi - pagi da keluar masuk hutan dekat perkampungan orang asli di mana ntah. lupa plak. nanti tanya orang rumah. banyak gak lah dapat buluh nak wat lemang, yang carik dan potong pak mentua aku dan adik ipar aku. aku ni kira amik pengalaman lah kan, dah nama pon 1st time. pak mntua aku ajar la cara nak potong belah mana dan bentuk buluh yang elok. memang buluh yang pak mentua aku pilih semua lawa-lawa. sebanye bila balik dari situ, aku compare kan dengan buluh yang orang nak jual pada peniaga lemang tak sebesar yang pak mentua aku carik. da dapat buluh lemang tu kami pergi ke anak sungai. fuhh, air sungai dia sejuk giler. kalau tak kerana puasa. aku dah terjun masuk dalam air tu. ikut kan boleh jer, tapi sure ker kita tak tertelan air? dan camner kalau tetiba terkentut dalam air tu? proses gelembungan akan terjadi, tak ke air tu termasuk cikit kat dalam montot?
gambar sekadar hiasan
     So, selepas settle tu semua, kami pon balik lah ke rumah. dapat lah dalam 50 ++ batang buluh. banyak tu. 
Raya pertama sebagai suami isteri memang lain. best ader orang siap kan baju semua.hehehehe. buat isteri ku, nanti abang tolong la memana patut yer sayang. hahahaha. raya pertama aku banyak pergi beraya dekat rumah sedara-2 isteri aku. letih takyah cakap lah, aku dan isteri aku memang nak cari port tidor jer. balik je rumah pas solat apa terus tidor. malam takde kemana - mana sebab aku nak rehat kan badan pasal raya kedua nak drive balik kg. mak aku kat penang dan singgah diperak untuk naik satu kereta ngan family aku.
      Raya kedua adalah dipenang, ini pulak pertama kali wat aku suami isteri. heheheh, sori yek kalau entry aku kali ni banyak "pertama kali wat suami isteri"  yer la, isteri aku dengar nya baru pertama kali datang penang. so, sampai kat jambatan pulau pinang baru aku sedar dari lelap dan aku wish selamat datang kat isteri aku. kat penang of coz la jalan jem giler, asal aku balik je sana tiap-2 tahun mesti leh sesat sebab jalan banyak jadik one way. nasihat aku pada rakan - rakan yang ingin bercuti di penang tu, planning awal-2. carik hotel apa semua. penang ni kan syurga makan. pekena nasik kandaq weh... banyak nasik kandar kat area shah alam semua da macam tak original. yang kat penang tu betui punya. tapi adalah jugak yang mana nak kaut untung tu memang tak sedap.di penang selama 2 hari jer. takde apa yang menarik selain pergi beraya ke rumah sedara mara. nak gi jenjelana bukit bendera pon tak sempat. lagi pon makcik aku contact sedara yang duk area bukit bendera tu tanya keadaan, dan dia cakap memang sesak. yer lah dah nama raya. masa tu je lah orang dari luar masuk bercuti. abg pupu dan pakcik aku datang pon tak naik sebab kena tunggu dalam kereta kerana dah takde parking kat area bukit bendera tu.
     raya ketiga kami semua kumpul reramai ngan adik beradik abah aku, lepak kat batu feringghi. ade apartment kat area situ. pastu malam nye pulak ade night market. tapi macam tak best jer. aku rasa harga barang yang jual kat night market tu mahal lagi dari yang ade kat shah alam. penat jalan jer. raya keempat gerak balik ke shah alam. 



No comments:

Post a Comment