Pages

click ler

Tuesday, October 4, 2011

Roti Naan Besaq Punyer..!

Korang pernah tak makan roti naan? Roti naan pada aku makanan mendiet kan. Aku plak memang ade keturunan Pakistan, sebab arwah datuk aku pon orang Pakistan. Cuma muka aku je la takda cam mamak Pakistan  tp ade cam cine sikit pasal aku ade darah cina dari nenek aku belah mak. Aku bukak citer pon bukan pasal keturunan, sebab kang citer keturunan entah bila nak selesai plak? nanti jadi macam citer afdlin shauki tu. Yang jalil hamid citer bapak aku punya bapak punya bapak. Hehehehe.. sampai sudah tak habis. Jadi disini aku nak kongsi kan cerita dari luar, iaitu roti Naan terbesar dalam dunia. Tak tau la dorang punya roti ni ke yang terbesar.



Sorang Chef di china ingin menempah rekod dunia dengan membuat Roti Naan terbesar di dunia, chef yang berasal dari Qiemo County, Wilayah Autonomi Xinjiang itu bernama Memeti, dengan dibantu oleh 4 perintis dan 12 pembantu yang memerlukan 12 jam untuk menyiapkan roti naan terbesar yang menjadi makanan popular di Negara India. Roti naan jugak secara tradisional nye dibakar didalam tempayan tanah liat. Tabung yang dibiaya oleh pembayar cukai digunakan dorang ni untuk membuat papan pemotong dan tempat membakar seluas 19 kaki bagi merealisasikan  impian dorang ni nak wat roti naan besaq punya. Dianggarkan cukup besar untuk diberi makan kepada 10,000 orang, diameter naan sebanyak 9 kaki dipenuhi dengan daging dadu dan dibuat dengan 66 paun daging kambing, 275 paun tepung dan 35 paun bawang! Giler banyak... kalau kita makan sorang la kan.. berapa tahun baru abis kan? Bila aku kira –kira la, kalau makan roti ni sorang, pastu sehari 3 kali. Maka harus aku katakan dengan perkiraan aku ni, mau dekat 9 tahun baru abis. Ikutkan  penduduk – penduduk tempatan tak suke pon sebnornyer. Mau nye org kampung x suka kalau dah duit dorang bayor untuk cukai diguna wat benda camni. pastu plak dorangnye negara pon ade masalah ekonomi yang melampau. Lagi ler dorang  tak suka. Walau bagaiamanapun kerajaan dorang ade support untuk program ni.
Terciptanya roti naan gergasi ni, ia secara tak langsung turut memberi kebanggaan pada sesetengah penduduk dan pada masa sama gak diberi makan kat seluruh kampung. kira macam RMT la ni, rancangan makanan tambahan. perki kerja bawak sepotong. ekekeke. 


No comments:

Post a Comment