Pages

click ler

Thursday, June 23, 2011

Roti Boy

         Dah lama tak menge-post kat sini, aku sekarang berkecimpung dalam perniagaan. perniagaan kecil-2an, mula nya saja nak tolong orang. pastu da syiok plak buat biz kecik-2 ni. even untung x banyak mana tapi kepuasan dalam berniaga tu ader.hehehe. aku memulakan perniagaan setibanya ke opis yang terletak kat shah alam, memula niaga ni memang malu gak laa. malu sebab kot-2 tak laku ke apa, roti yang aku jual akan ditanggung oleh aku sendiri kalau tak habis. seketul roti dijual dalam Rm1.60, murah tu tau. kat luar aku nengok Rm1.70 ke atas so 1st day try jual, sambutan kurang sikit. awal perniagaan la kan.. takkan nak untung banyak sedang kan sikit jer dapat. hari ke-2pulak Alhamdulillah rezeki, sambutan menggalakkan sehingga abis roti dijual. hehehehe. niat aku bawak roti ni pon sebab sian gak kat kawan-kawan nak turun gi beli makan time lapor petang-petang. so, dengan ade nya roti yang aku jual dorang leh call aku untuk aku datang bawak terus ke tempat kerja dorang. kira - kira style delivery lah ni. cuma takder cas. nanti ade gambar roti tu aku upload plak kat sini..pada kawan - kawan opis plak, harap support lah aku untuk belajar berniaga.ngeh ngeh ngeh..

yang atas tu roti pizza, sebelah roti kismis

kaler hijau tu roti kacang hijau dan yang bawah nyer kacang merah

ini plak macam pizza bun, tapi nama dia burger bun

pasni..aku akan update senarai roti mengikut waktu semasa.. so, sesapa nak order leh ler tengok kat sini..

Monday, June 13, 2011

Jom Join says.my


 salam semua, disini aku nak share website yang mana kita berkempen untuk dapat kan duit. tak banyak pon dapat, tapi kalau kita pandai dan kuat berkempen. hasil dia memuaskan jugak la. website aku maksud kan ni adalah http://says.my, website ni dia buat kajian dan kekadang survey pada semua rakyat malaysia. so, bila da jawab survey atau kempen ni, dorang akan bayar la sikit kat kita sebagai usaha kita untuk promo kan lagi website ni. website ni bukan scam dan aku pon masih mencuba untuk dapat kan seciput hasil. harap korang klik ler kempen - kempen mana aku jalan kan dalam blog ni dan aku dulu kan dengan ucapan terima kasih diatas sokongan korang terhadap segala kempen yang dijalan kan. pada sesiapa yang berminat untuk sertai http://says.my/ ni, boleh lah klik dibawah ni untuk pendaftaran dan seterusnye mula lah berkempen.. hehehehe, mana tau korang leh dapat lebih lagi. kan..kan...


untuk pendaftaran klik dibawah ini


Once you go Black, you never go Back. After seeing this… you might just agree with that statement., ini adalah ayat kempen aku untuk promo kempen nie, apa yang aku tahu black berry ni memang mahal. tapi puas hati berdasarkan apa yang para pengguna black berry ni cakap la. aku tak pakai lagi. tidak berkemampuan lah katakan. Insyallah ade rezeki boleh pakai.. akan pakai lah jugak. untk kempen kali ni promonye adalah untuk mereka yang inginmenggunakan black berry tapi nak bayar bill bulanan tu murah. kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang kempen ni yang mana bill bulanan nye serendah Rm28 sahaja, wahhh!! murah tu,

nak tahu lebih lanjut klik link kat bawah ni..


Thursday, June 9, 2011

Membeli di Lollytot

      Salam semua, disini aku nak promo satu web yang mendiakan pembelian barang secara talian kira online shopping la, barangan yang dijual adalah barangan kanak - kana dan baby. barang an yang dijual kat web ni semua nye cute desing, cantik - cantik dan harga dia pon mampu gak la dengan barang - barang yang berkualiti. so, website yang aku maksud kan ni adalah lollytot.com.
      Lollytot.com  ni adalah penjual barangan kanak -kanak dan bayi yang mana mengikut trend masakini,barang -barang dia semua original,dan kualiti yang memuaskan barang-barang pulak khas untuk dibuat hadiah, party gift pack,educational DIY handicraft dan permainan pada harga yang berpatutan.Kalau korang yang takder anak pon boleh gak nak beli untuk hadiah kan pada anak sedara,kawan korang yang baru bersalin ,bakal adik ipar yang masih kecik dan sesapa je la yang korang rasa nak bagi.. hehehehehe.. kalau korang rasa nak tengok barang -barangan dia boleh la klik pada perkataan Lollytot tu. Korang akan direct pergi web dia dan boleh ler nak cuci mata dan kalau nak beli just add to cart jer pastu ikut arahan yang diberikan. barang -barang yang telah korang pilih akan dijumlah kan dan setelah buat bayaran. barang tu akan sampai kat rumah korang. Standard zaman sekarang, semua nak yang online dan hantar ke rumah terus.

    Sebelum aku terlupa, andai ade antara pembaca blog ni nak beli barang - barang dan dapat diskaun boleh lah baca bawah ni,


    Haaa.. amik kod ni dan masukkan masa nak buat pembayaran dalam tu, nanti korang akan diberi Diskaun. Okey semua..Selamat membeli belah..

Wednesday, June 8, 2011

Cuti Di Hulu Langat

     Pada Sabtu yang lepas, bini aku ajak aku gi hulu langat mengikut rombongan akak ipar aku ke rumah pakcik suami dia di Hulu Langat untuk berpiknik. Memandangkan bini aku pon da lama tak kuar jenjalan, aku pon setuju ajer lah. Sebelum tu ade mention jugak kat bini aku yang aku nak balik cepat dalam waktu tengah hari. Sampai pon tidak lagi masa tu, tapi da sibuk nak balik awal. hehehehe... perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam pasal keluar awal pagi sebab dah janji nak berkumpul dalam pukul 7pg ditempat yang dijanjikan, tapi kami smpai terlebih sedikit dari masa yang dijanjikan. perjalanan dari rumah ke tempat yang dituju ade lah lebih kurang 63km, kami pergi 3 biji kereta berkonvoi.
     Setibanya sampai disana, terasa dingin dan damai. sebuah rumah yang berada di atas tanah berkeluasan 3 ekar,  dengan kolam ikan sebanyak 5 kolam. dan dibelakang rumah ada sungai untuk mandi manda. walau bagai mana pun malam sebelum tu hujan lebat. jadi air sungai menjadi sedikit keruh. frust jugak sebab pakcik yang empunya tanah kata air dia sebenarnya jernih. tapi kerana malam sebelum tu hujan lebat yang teramat sangat, maka keruh la air tu. Lepas lelepak sambil breakfast dengan bekal-bekal makanan kakak ipar aku buat aku pon bersama - sama dorang turun la ke kolam ikan untuk meng-ushar luas nyer kolam dia, fuhhhh!! best gilak. banyak ikan talapia dalam tu, korang leh tengok gambar bawah ni. ikan dia berpusing-pusing dalam kolam. kolam-kolam ni dibuat sendiri dan tapak kolam ni bukan lumpur atau selut, tapi menggunakan pasir sebab takmau ikan tu rasa hanyir tanah. Memang betul tau, apabila makan ikan talapia yang pekerja dia tangkap pastu dibakar, memang fresh and sedap. dicicah plak ngan kicap cili potong-potong bawang. hehehehe.. resepi baik punyer.. tatkala melihat ikan-ikan itu berpusing, mana tahan lagi dah kami pon turun dan amik joran pastu terus mancing. ikan kat sini bukan makan dia main taram je. tapi makanan dia adalah dari pallet khas dan roti kering. kitorang plak yang nak mancing ni gi cari cangkul pastu cangkul la cacing buat umpan. kasik ikan-ikan ni merasa cacing sebelum dorang kiok.


.
tengok ikan dia, rasa nak baling jer jala

Anak buah aku yang excited memancing ikan, lepas da dapat. suh orang lain cabut ikan dari mata kail, takut punye pasal. bini aku gak yang berani..ekekekek..


dikawasan ni ade 3 kolam ikan je, 1 lagi di sebelah anak sungai dan satu lagi di depan jalan masuk ke rumah pak lang.
boleh kata semua kolam ikan nyer berpusar begini,tapi yang ni takde la dia bagi untuk mancing, maybe anak-2 ikan jer dalam ni.
ini lah kolam satu lagi yang berada di depan jalan masuk.

     Lepas memancing tu, jam da nak dekat kul 12 tgh hari, sebab terik sangat matahari, kami semua pon naik la ke atas untuk berehat sambil minum - minum sebelum tunggu masa lunch plak. lepas makan tgh hari, cuaca pon da redup, aku pon jenjalan plak ke kebun pak lang. tengok pokok - pokok dia semua da berbuah, best betul. syok bila jalan jalan kat kebun yang berbuah ni, bak kata pak lang. harga sayur naik la macam mana, dia tak rasa pon kenaikan tu. sebabnya, dia ade tanam sendiri dan fresh lagi. aku memang setuju, sebab buah limau nipis dia je besar-2 sebab baka thailand.

sebahagian pokok-pokok buah di kebun.
jalan masuk ke kebun pak lang.

pokok pisang, roselle, ciku, betik, dan macam-macam.
 
kebun pak lang ni memang luas, syok bila tengok pokok - pokok berbuah lebat macam limau nipis, ciku, roselle, memang rasa nak pergi lagi kat situ.








































































































 
      Pak lang ni apa yang aku dengar, dia tengah usahakan rumah dia ni sebagai homestay dan ada pakeja yang disediakan, walau bagaimana pon, aku x dapat nak detail kan pasal dia pun masih dalam bermesyuarat untuk wat homestay tu.Lebih kurang pukul 5 lebih camtu, kami pon gerak la balik ke rumah masing- masing.