Pages

click ler

Thursday, March 29, 2012

Beyonce, anak anjing terkecil didunia

  Seekor anak anjing yang dinamakan Beyonce telah memecahkan rekod sebagai anjing terkecil di dunia selepas kelahiran yang begitu traumatik.Anak Anjing yang dinamakan menyamai nama seorang bintang pop terbesar di dunia mampu untuk menetapkan ia sebagai rekod dunia untuk anjing yang paling kecil.Penyelamat haiwan di Utara California berkata anjing betina campuran Dachshund itu, bernama Beyonce dan ia begitu kecil ketika lahir dan boleh dimuatkan ke dalam sudu.

  Beyonce dilahirkan tanpa denyutan jantung. Doktor haiwan berusaha untuk memulihkan ia melalui tekanan dada dan mulut-ke-mulut. Selepas dua minggu, anjing itu kini sebesar saiz kad perniagaan.mengikut kata dari jurucakap Yayasan Grace,di daerah El Dorado, berkata  ibu kepada anjing itu
dikutip oleh unit kawalan haiwan, dan didapati sedang  mengandungkan Beyonce, dan dia melahirkan beyonce di kawasan pembuangan sampah pada 8 Mac.

Beyonce sedang minum susu

size Beyonce yang begitu kecik sekali
kat atas i-phone

    Menurut yayasan itu lagi, Beyonce sedia untuk dijadikan haiwan peliharaan oleh sesiapa sahaja dalam kira-kira dua minggu.

Sementara itu, ia telah mengemukakan permohonan kepada Guinness World Records untuk anjing terkecil di dunia.

No comments:

Post a Comment