Pages

click ler

Thursday, August 9, 2012

Mari bershopping!



   Semalam aku pergi Jakel shah alam di seksyen 7 dengan beberapa kawan opis aku untuk pilih baju melayu yang kitorang dapat untuk saguhati tadarus Al-quran sempena ramadhan. pergi dalam pukul 12.30 camtu lah naik kenderaan jabatan. masa sampai tu takda plak ramai orang. ada tu ada tapi tak ramai macam selalu laa, maybe bulan puasa kot. gambar takda plak untuk diletak disini. aku ni seperti sedia maklum saiz badan agak besar dan mujur laa masa tengah mencari tu ada gak size aku yang gabak ini. memula frust sebab kain yang dorang nak bagi kat staff kitorang mahal sikit tapi aku takder size, maka aku kena amik yang rega dia kurang dari kwn yang lain. dan paling best ada kawan aku sorang lagi ni badannya kecik sangat so, dia ngan aku memilih baju di tempat yang sama. kurang pon dalam beza Rm15 dari yg kawan lain dapat.tapi, tempat aku pilih tu tak banyak pilihan.masa layan kami tu en. Ezani tak silap aku. dia bnyak bagi diskaun. anak tauke kot rasa.dia kenal bos yg bawak kami ke jakel ni. actually bajet untuk sorang staff cuma Rm80 jer.. tapi dek kerana en. Ezani ni yg layan. dia kasik diskaun ler. dapat ler kami baju yang rega rm150. hahahahah untung giler.

   aku ngan member sorang ni mencari kat tempat lain kerana size kami ni masalah. pastu datang sorang lagi kawan aku yang size dia pon kecik gak. bertiga lah kami mencari disitu. seperti aku katakan tadi, aku frust sebab warna baju untuk size aku tak banyak. tapi rupa - rupanya, kat sebelah tu ada lagi. wahh!! rambang mata aku nak mencari.aku pon call la bini aku sebab nak suh dia pilih kaler, last -last punya pilih dapat la aku kaler peach. harap wife aku senang ler nak mencari nanti. tapi kalau ikut kan. baju raya aku tahun ni wife aku pilih purple grey. cuma tadarus ni nak bg baju melayu kan. maka dapat lah sehelai lagi. pastu nanti pas raya leh guna untuk gi ofis. 

   Kalau ikutkan la apa yang aku perati kan. kain kat jakel ni macam biasa - biasa jer, tapi mungkin yang kualiti tu yang kat tingkat atas tu, ada aku tanya sampin tu harga dia Rm1,200. What!! aku siap melawak ngan dorang, kalau baju Rm 150, sampin Rm1,200. for sure sampin hilang kena rembat. huhuhuhuh. giler mahal sampin akak tu promo.takde makan nyer nak beli. okey sambung balik cerita baju melayu aku beli tu. kain baju melayu tu macam satin. yakni jenis kilat tu laa. kalau tengok harga staff tu kata dalam Rm190 lebih and dah diskaun jadi Rm 125. sudahnya aku dah confuse harga asal baju tu, kejap Rm190, kejap Rm150. tapi x per laa, yang pasti. baju tu rega dia Rm125. kalau aku tengok semula kain tu. aku rasa leh cari kat area lain dalam Rm100 la kot paling mahal. and kalau tempat tu bagi diskaun mesti dapat dalam Rm80-90 camtu. tapi aku ni bukan lah pro bab kain ni. cuma aku cakap lah kat kawan aku. kalau kita beli satu helai baju T dekat market dalam harga Rm5, pastu pergi kat kedai Dunhill and suh dia tampal brand Dunhill dorang kat baju tadi, pastu jual lah dalam Rm 30. aku cakap da sah akan berebut nak beli. tapi ini kan baju FREE!! di ulangi baju FREE!!! dan sapa nak bagi yg FREE kan? Alhamdulillah lah sajerr.. time kasih kelab kebajikan kerana memberi hadiah sebegini.bila da Free tu rembat ajer lah kan. pastu dapat lak offer dari En. Ezani tu sampin dalam rega Rm30 dan harga asal nya Rm175. tapi aku tak beli sebab 2 meter jer sampin tu. aku lak kena lebih .05meter baru lepas dan selesa. maka aku takde la beli.

No comments:

Post a Comment