Pages

click ler

Monday, August 6, 2012

berbuka puasa di steak house 13 shah alam



Jumaat yang lepas bini aku ajak berbuka diluar, aku pon macam okey je la sebab takda buat apa-apa. so, di petang hari tu bincang la ngan bini aku tempat yang sesuai nak iftar. bini aku teringin nak makan steak. aku lak tak kisah. tp bila dia cakap kat pkns shah alam aku da terkujat. dalam hati aku berkata, aku nak gi amik dia petang nanti dari shah alam pun dah jem ini kan pulak nak masuk balik. mmg x sempat aku cakap. so, bincang-2 lagi. rupa-rupanya bangunan PKNS baru kat seksyen 13. fuhhh... lega bila pikir, tapi sempat ke nak smpai dan order makan? so, wife aku cakap takper, dia call dan booking tempat. pastu aku pun tanya, apa nama kedai tu sebnarnya. bini aku pon cakap Mr.Steak House. fuhhh... aku dengar nama cam scaryyy jer nak pergi. dengar macam ekslusif punya tempat. mau tak takut, karang gi makan sedor-2 beratus kena. huwaaaa, mau cuci and mop lantai karang.
so, pergi lah aku petang tu amik wife aku. memang tension la petang tu. jem yang amat. mana tak jem, isnin cuti so, sume org balik kg la aku rasa. highway guthrie tu sesak nak masuk. sedang kan aku balik petang-2 clear. kejar masa betul aku petang tu, pecut lah amik bini aku pastu sampai balik kat shah alam kat kul 7ptg. aku pon park keta dan jalan ke kedai tu. memang ramai betul umat, paling ramai student sebab seblah tu kan PTPL nye kolej. aku pon gi kat kaunter sebab bini aku da mintak dorang reserve tempat. mmg atas meja tu ada la nama aku. kami pun duduk pastu dorang amik order.memang aku ni jarang berbuka makan western. so, dok pikir apa menu nak amik. sudahnya aku amik chicken chop. wife aku amik sirloine steak pastu dia order lg fish n chip beserta mushroom soup and garlic bread. air plak laici ngan durian belanda. ngam - ngam nak azan, order kami pon sampai. fuhhh, tengok jer da berselera.
ini order aku, chicken chop...

ini plak order bini aku..

mushroom soup with garlic bread

fish n chips



so, far aku rasa enjoy makan kat Mr.Steak house ni, tempat dia pon best jer. masa berbuka tu angin kuat n sedap jer makan.. pas makan terus blah sebab solat aku x nampak plak surau kat area tu. tp, rasanya ada kat belakang tu rasanya.

2 comments:

  1. Range x mahal..kalau chicken chop tu dlm Rm10..kira murah laa..kalau bulan posa nak gi book dulu..kalu dlm menu tu harga start dari 9.00++ to 30.00++ tp yg mahal tu mcm daging yg susah dpt la sy rasa..mcm sirloine steak ke apa nama dia..pelik sikit nama dia..

    ReplyDelete