Pages

click ler

Wednesday, February 29, 2012

Cuti Di Pulau Pangkor

       Salam semua, lama sungguh aku tak mencatat dalam blog.hmmm, apakan daya setelah bertukar ke unit baru kat opis aku ni. aku jadi lagi sibuk sebab aku ada outstation. hehehhehe.tu yang best duk unit baru ni, merata jalan. haritu aku pergi ke pejabat daerah hulu selangor, then ke balai polis. bak kata merata la aku masuk. okey laa.. untuk entry kali ni takda apa pun. sebab yer laa da sebulan lebih tak masuk. hari-2 dok bukak tengok.tapi asal aku nak post jer ada kerja dan terhalang, nak wat malam tertidor plak. sudah nya haprakk. okey. untuk tidak membuang masa lagi biar aku cerita sikit aktiviti aku untuk yang sebelum-2 ni.

      Tahun Baru Cina yang lepas, ramai yang berpeluang mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga kan? aku pon turut bercuti jugak. membawa bini aku berjalan ke lumut dan sememang nya disana ada majlis kenduri sepupu nenek aku belah abah aku yang aku panggil dia akak Rohana.Akak Rohana ni Orang Istimewa, ikut pangkat sepatut nya panggil makcik la, pasal dia panggil abah aku abg.  perjalanan aku bermula pada hari sabtu yang lepas di waktu tengah hari. cadang nak keluar awal la konon nye. tapi apakan daya malam sebelum tu balik umah dah lewat. dekat pukul 2 pagi baru tidor, itu pon bangun pagi sabtu tu bini aku kemas apa yang patut. aku keluar gi beli nasik lemak wat alas perut. pastu mak aku tipon bagi tau kata nak gerak awal. aduhhh.. aku tengah prepare barang. so, aku suh mak aku keluar umah dulu sebab aku nak berkemas lagi dan nampak gaya nya aku kena patah balik ke umah mak aku untuk angkut bantal-bantal dan makanan-makanan untuk dibawak ke lumut. sebab kami menyewa di lumut dangan sedara mara yang lain.

    Perjalanan dari shah alam ke lumut mengikut jalan lama iaitu melalui kuala selangor - teluk intan dan terus ke lumut. apa - apa pon Alhamdulillah xde jem yang teruk sgt, cuma tempoh membawak kereta tu buat bontot aku da naik kematu. bini aku kat sebelah lagi la boring. lain la kereta aku ada pasang citer astro ke apa best gak. tp, kereta pon tarak pasang tv kecik apa semua. mungkin boleh dipertimbangkan benda tu semua dalam kereta aku. berbalik pada cerita setelah dipendekkan. dibawah ni aku uploadkan antara gambar-2 sekitar perkahwinan akak Rohana ni, akak ni pada aku memang orang yang tak reti putus asa, dia kurang keupayaan tak silap aku dari lahir lagi. akak ni dia memang rajin laa dan kalau korang perasan ler. dia ni pernah menjuarai program realiti OKU di tv9 kalau tak silap jugak la. lepas dia menang tu, dia buat bisness menjahit. kedai dia ade kat pangkor tu kalau korang nak singgah tengok. meh la tengok gambar dorang di bawah ni.

Ketibaan pengantin di rumah perempuan.
    Untuk pengetahuan korang gak, perkahwinan dorang ni memang ramai la yang turun. Especially sedara mara belah abah aku la dan ada gak orang TV3 datang buat rakaman. dan kalau korang perasan gak lagi. perkahwinan ni ada masuk slot NONA. lupa lak tarikh dia, aku ada la amik kat tonton sana tu siap download lagi.. mana tak amik, ada muka aku kat dalam tu.hehehehehe 2 x keluar tau.

masa ni pengantin sedang bergambar untuk tatapan tetamu.


Tengah makan raja sehari
     so, ini je lah buat masa ini. Insyallah ada masa dan citer menarik, aku akan post lagi...

No comments:

Post a Comment