Pages

click ler

Wednesday, October 19, 2011

Dead Rising 2: Off the Record [Eng] [RePack]





Keperluan System adalah seperti berikut: anda hendak lah mempunyai kesemua-2 ciri dibawah ini di CPU anda...

OS: Windows® XP SP 3 (32-64 bits) / Windows Vista® (32-64 bits) / Windows 7® (32-64 bits)
CPU
: Intel Core 2 Duo 2.4 Ghz or better, AMD Athlon X2 2.2 Ghz or better
Memory
: (Minimum) 2 GB RAM (Windows XP) / 2 GB (Windows Vista and Windows 7)
Video Memory
:NVIDIA® GeForce® 8800GTS or better, ATI RadeonTM HD 3850 or better
HDD : 9 GB  of free Hard Drive Space/
Sound Card
: compatible with DirectX 9.0c

Dead Rising 2: Off the Record [Eng] [RePack]

Download disini

Tuesday, October 11, 2011

DeaD IslanD






Year: 2011 l Platform: PC l Bahasa: Bahasa Inggeris l Developer: Techland (Poland) l Publisher: Deep Silver l 1,81 GB
Genre: RPG (Rogue / Action) / 3D / 1st person

   Pulau Banoi yang indah, syurga tropika di Pasifik Selatan di mana Royal flagship Palms Resort berfungsi sebagai tempat percutian yang terbaik untuk pelancong-pelancong yang mempunyai wang untuk dihabiskan dan di enjoykan sempena cuti universiti(sebab xde langsung budak dalam game ni)
Walau bagaimanapun, semua keseronokan itu mesti sampai ke penghujungnya dan pusat peranginan yang indah jatuh ke dalam kehancuran, pembunuhan beramai-ramai dan huru-hara selepas wabak zombie misteri dan berjangkit membuatkan suasana yang damai menjadi huru hara. Terpisah dari seluruh dunia, hanya empat individu yang pelik betul mendapati diri mereka imune dari penyakit tersebut dan
mempunyai kuasa untuk melindungi baki mereka yang terselamat dari kengerian pulau, untuk menemui apakah yg sebenar-benar berlaku dan mencari jalan untuk melarikan diri sebelum maut masing-masing berakhir. game ni memang best giler la... sesapa yang takut zombie pikir la dulu sebelum main, sebab game nyer terkejut-2.


keperluan minimum pc:


OS: Windows XP, Vista atau 7

CPU: Intel Core 2 Duo 2,66 GHz atau bersamaan
RAM: 1 GB RAM
Disc Drive: DVD-ROM Drive
Cakera keras: Sekurang kurang nye 7GB space
Video: NVIDA GeForce 8600, ATI 2600XT
Sound: DirectX 9.0c compatibale dengan kad bunyi

download adalah direct ke dalam pc... so, make sure HDD yang korang nak simpan benda ni mesti lah bnyak lagi okey.. let say korang ada 7GB jer.. so, mmg tak boleh la...

link download disini -

Monday, October 10, 2011

Anjing Robot Askar Masa Depan


     AlphaDog adalah robot yang tak macam kebanyakan robot yang hanya boleh berjalan dan mengekal kan kestabilan. Sambil berjalan robot ini telah membuat pusingan untuk beberapa waktu - Honda ASIMO adalah salah satu contoh robot sebegini. Cabaran yang besar telah membuat kan mereka dapat bergerak pada kelajuan yang munasabah. Berbalik pada AlphaDog ini, Kebanyakan pengiring tentera menggunakan kenderaan. Tetapi kenderaan tak dapat berfungsi tanpa jalan, dan di banyak bahagian dunia tidak seperti negara yang maju yang ada jalan. Negara seperti Afghanistan yang berbukit bukau menyukar kan kenderaan dorang ni nak bergerak. so, keldai adalah salah satu kaedah yang biasa digunakan untuk membawa barang – barang askar ni. Walaupun tentera AS telah melatih askar dalam pelbagai cara untuk mengendalikan haiwan – haiwan ini. Tetapi haiwan ini memerlukan makanan dan boleh menjadi susah untuk dikawal oleh mereka yang tidak mempunyai pengalaman dengan haiwan. Haiwan ini mungkin juga melarikan diri dalam keadaan kelam kabut apabila mereka mendengar tembakan. Mau tak nye, anjing bunyi mercun pon da lari tak cukup tanah.

    Oleh itu Jabatan Pertahanan, melalui Defense Advanced Research Projects Agency iaitu DARPA telah mencari alternatif. Bertempat di Waltham, Mass. Syarikat Boston Dynamics, projek ini dimulakan oleh sekumpulan graduan MIT yang berminat dalam robotik, menggunakan dana DARPA bagi percubaan. Kumpulan ini muncul dengan kaedah yang menggunakan pelbagai teknik gyroscopes, mereka ni mencari pelbagai benda yang berkaitan dan penyerap kejutan yang direka untuk membantu robot "melihat" alam sekitar dan meniru cara sebenar haiwan berkaki empat berjalan.



    Cabaran besar mereka pula adalah untuk memahami akan perangai haiwan yang tidak berapa sempurna ketika mengimbang kan badan ketika berjalan. Dan mereka lebih untuk mengawal ia dari jatuh. Dan juga ternyata yang dorang ni tak perlu untuk mencuba dan mengira sebanyak mana pergerakan yang akan terjadi setiap masa. Lebih senang jika mereka melihat keadaan dimana langkah perlu dijaga dan pengiraan dijalan kan. Anggaran pengiraan itu seterus nya boleh dimasukkan semula ke “otak” robot tersebut untuk dia mengira keseuaian untuk mengimbang kan badan. Salah satu daripada prototaip awal BigDog, ialah robot berkaki empat yang dikuasakan oleh enjin dua lejang. Ia sangat bising (dua-lejang adalah bersamaan dengan kuasa rantai) tetapi ia berjaya, mampu untuk berjalan sejauh 12 batu dan mengangkat bebanan sebanyak 340 pounds. AlphaDog adalah di jana dari BigDog ini, dan diupgrade kan lagi untuik mengangkat bebanan lebih besar dan bergerak pada jarak yang sama. Ia juga senyap. Nampaknye barat makin canggih dalam sediakan alatan perang diorang. Jangan nanti nak tawan negara yang miskin diorang lepaskan anjing robot ni. Dan aku akan keluar kan pulak satu produk berasas kan air, pastu campak jer kat robot dorang ni.. ngeh ngeh ngeh...



SUMBER

Tuesday, October 4, 2011

Roti Naan Besaq Punyer..!

Korang pernah tak makan roti naan? Roti naan pada aku makanan mendiet kan. Aku plak memang ade keturunan Pakistan, sebab arwah datuk aku pon orang Pakistan. Cuma muka aku je la takda cam mamak Pakistan  tp ade cam cine sikit pasal aku ade darah cina dari nenek aku belah mak. Aku bukak citer pon bukan pasal keturunan, sebab kang citer keturunan entah bila nak selesai plak? nanti jadi macam citer afdlin shauki tu. Yang jalil hamid citer bapak aku punya bapak punya bapak. Hehehehe.. sampai sudah tak habis. Jadi disini aku nak kongsi kan cerita dari luar, iaitu roti Naan terbesar dalam dunia. Tak tau la dorang punya roti ni ke yang terbesar.



Sorang Chef di china ingin menempah rekod dunia dengan membuat Roti Naan terbesar di dunia, chef yang berasal dari Qiemo County, Wilayah Autonomi Xinjiang itu bernama Memeti, dengan dibantu oleh 4 perintis dan 12 pembantu yang memerlukan 12 jam untuk menyiapkan roti naan terbesar yang menjadi makanan popular di Negara India. Roti naan jugak secara tradisional nye dibakar didalam tempayan tanah liat. Tabung yang dibiaya oleh pembayar cukai digunakan dorang ni untuk membuat papan pemotong dan tempat membakar seluas 19 kaki bagi merealisasikan  impian dorang ni nak wat roti naan besaq punya. Dianggarkan cukup besar untuk diberi makan kepada 10,000 orang, diameter naan sebanyak 9 kaki dipenuhi dengan daging dadu dan dibuat dengan 66 paun daging kambing, 275 paun tepung dan 35 paun bawang! Giler banyak... kalau kita makan sorang la kan.. berapa tahun baru abis kan? Bila aku kira –kira la, kalau makan roti ni sorang, pastu sehari 3 kali. Maka harus aku katakan dengan perkiraan aku ni, mau dekat 9 tahun baru abis. Ikutkan  penduduk – penduduk tempatan tak suke pon sebnornyer. Mau nye org kampung x suka kalau dah duit dorang bayor untuk cukai diguna wat benda camni. pastu plak dorangnye negara pon ade masalah ekonomi yang melampau. Lagi ler dorang  tak suka. Walau bagaiamanapun kerajaan dorang ade support untuk program ni.
Terciptanya roti naan gergasi ni, ia secara tak langsung turut memberi kebanggaan pada sesetengah penduduk dan pada masa sama gak diberi makan kat seluruh kampung. kira macam RMT la ni, rancangan makanan tambahan. perki kerja bawak sepotong. ekekeke.