Pages

click ler

Monday, January 16, 2012

Aktiviti Malam Minggu (membuat pop corn)

   Salam.. malam minggu tempohari aku ngan bini aku tido umah mak aku.petang tu aku perasan jagung kering kat dapur. aku pon tanya la mak aku, nak wat apa jagung tu. sebab kekadang kalau bukan mak aku guna, abah aku akan guna. sebab abah aku pon pakar masak gak tapi dia specialist dalam kueh mueh, kuah kacang dan bubur- bubur semua.so, x per la tu. pastu mak aku pon mintak kat aku untuk search dalam tenet pasal pop corn. uikss, mak aku nak wat pop corn rupanya. dia kata dia tak tau. pastu microwave aku pon ada option untuk buat pop corn. dah tengok manual apa semua, macam renyah jer. pastu bini aku pon bersuiara, kata dia kuali pon boleh, pastu kena ada penutup kukus. apa lagi, aku pon ushar la dalam tenet bahan dia pastu bini aku google video wat pop corn. so, aku pon get ready ngan barang pe sumer. berteman kan bini aku, aku mengorak langkah.
   Sangkaan aku memula macam susah nak wat, sebab bila bercerita pasal pop corn. ramai kata kena ada periuk or mesin atau pon rice cooker. tp, bini aku suh pakai kuali. ternyata lebih mudah guna kuali dan penutup kukus. so, memula aku :

1. Panaskan Kuali
2. Pastu aku masukkan minyak yang sesuai untuk menggoreng jangan terlampau banyak dan jangan terlampau sedikit, kira aku bubuh tu macam nak goreng kuih la.
3. Dah panas minyak tu, masukkan marjerin dalam 3 sudu atau pon mana korang rasa sesuai la. then gaul - gaul kan ia. kira macam menggoreng marjerin tu laa.
4. Sesudah menggoreng marjerin tu, minyak pon da sebati ngan marjerin apa semua, dan keadaan dalam kuali pon da tenang takda memercik da minyak, terus masukkan jagung kering dalam 1 cawan kopi kita minum tu kedalam kuali. pastu ratakan jagung tu dalam minyak tersebut. pastu terus tutup dengan penutup kukus. dan biar kan ia sekejap.
5. Saat ini lah paling aku rasa BEST gilak. sebab apa? sebabnya jagung tu da meletup - letup. bini aku siap cakap macam bunyi gendang cina, memang betul apa bini aku kata. bila layan memang macam bunyi gendang cina. ekekekek. lepas dah bunyi pop - pop tu. nama pon pop corn kan tu laa sebab nama dia jadi pop corn memang sebab dia ada bunyi pop - pop. lepas da bunyi tu, aku pon wat la teknik menggoyang kan kuali untuk ratakan lagi jagung dalam tu, sebab aku x leh bukak penutup kukus. nanti kena tembak lak. aku pon goyang la kuali tu sampai la da takda bunyi letupan kecil tu lagi.
6. Saat yang dinantikan telah tiba, sebab nak tau jadi ke tak. Jeng...Jeng.. taraaa, bila aku angkat je penutup kukus tu, memang best tengok. penuh 1 kuali tu, then adik pompuan aku lak offer diri untuk wat caramel sambil bini aku jadi penasihat.
  dibawah ni aku tunjukkan gambar  - gambar pop corn aku. sedap dimakan tanpa karamel jugak.

Masa ni da campur kan ngan karamel

masa ni baru dikeluarkan dalam kuali sebelum campur kan ngan karamel

ini balance yang da bubuh caramel.
 So, keputusannya, aku amat berpuas hati dengan hasil aku. hahaha, sambil ditolong oleh bini and adik pompuan aku, berjaya gak buat pop corn. sudahnya dari malam minggu tu sampai ke petang semalam aku dok praktik kan buat pop corn. cuba la korang, senang jer...

Thursday, January 12, 2012

Pembuka Tirai Tahun 2012

   Salam pada korang semua yang sudi membaca celoteh aku di blog ini. terima kasih diucapkan, firstly aku nak ucap kan selamat tahun baru dan semoga kita berkerja keras dan berusaha didalam setiap bidang yang diceburi pada tahun ini.Aminnn. orait, mata pon tak berapa nak ngantuk, maka.. mari lah kita bercerita. Pagi tadi sebelum aku turun makan, aku dapat surat pertukaran, pertukaran ni memang aku jangka. tapi, yang menjadi masalah nyer aku masih ditingkat sama. pertukaran ini hanyalah melibatkan unit yang masih berada di floor aku. aku kalau boleh nak la tukar tingkat lain. tapi memandang kan post aku hanya ada di segelintir kawasan dalam opis aku. meaning nyer ialah, position aku terhad. tapi pada aku x jadi masalah. sebab aku keluar gak dari bidang kerja yang aku dah muak buat. so, untuk tahun baru ni aku akan up kan mutu kerja dan kedengaran kerja - kerja aku ni akan membuat kan aku bergerak ke pejabat-pejabat daerah. hehehehe. tetapi aku terpaksa rahisakan kerja aku. bahaya kalau orang tau. ramai carik nanti. sampai sini jer la aku nak cerita. nanti- nanti aku cerita lagi okey.