Pages

click ler

Wednesday, April 6, 2011

Ekspedisi Bukit Broga

2/4/2011
Hari ini kami membuat program memanjat bukit Broga, yang terletak di semenyih...aku dan isteri bersama rakan-2 bergerak seawal jam 5.30 pagi untuk menuju ke bukit broga.ini ada lah sejarah broga yang dipetik dari wikipedia...
"Broga mengambil nama sempena nama Sungai Beroga.
Beroga berasal dari kata Buragas, iaitu rasaksa yang sangat besar dan ganas, hidup di dalam tanah, sesekali keluar mandi di kawasan air terjun. Tanda-tanda Buragas akan keluar ialah apabila hujan panas pada waktu tengah hari. Ketika itu pasti ada darah tumpah akibat pertarungan antara dua jejaka. Buragas akan keluar mencari dua jejaka tersebut dan memusnahkan kedua-duanya serta kampung halaman."
bukit broga hanya 1.7km, tapi bila da panjat... rasa jauh gilaaa..
sampai jer kami di kaki bukit broga.. tengok - tengok da penuh dah kereta kat dalam kebun kelapa sawit tu..memasing yang datang sedang bersiap sedia untuk mendaki bukit. aku dan kawan-kawan lain terpaksa berpatah balik mencari masjid / surau berdekatan..dalam kul 6 pagi kami keluar semula dan pergi solat di surau yang dikira hampir juga dengan bukit broga ni.. selesai solat apa semua, kami pon pergi balik masuk ke kebun sawit..lagi ramai orang da sampai. tapi takper.. ramai - ramai laa best kan...aku dan orang rumah pon mula la bergerak.. pada awal pemanjatan, kaki memang da rasa berat dengan keadaan yang gelap.. kami redah juga lagipon ramai orang yang mendaki bukit tu.. tak ketinggalan budak kecik yang ikut mak bapak dorang.. aku dan isteri asyik stop sebab isteri aku kejang kaki, terima kasih pada ResQ team kami.. yakni En. Tajul yang sabar menunggu kami somi isteri untuk smpai puncak...setelah abis diredah smpai lah kami ke puncak pertama bukit broga..
pemandangan diatas bukit Broga


pandangan diatas bukit Broga yang rasa gayat masa daki


ini adalah antara puncak bukit broga






masa daki tu aku da rasa gayat tetambah bila tengok belakang... memang tipu ler orang sebelum ni kata panjat bukit tu santai.. takde makna nyer.. isteri aku hanya nak rehat di puncak pertama.. aku terus kan juga naik.. tapi berpatah balik sebab sian plak tinggal bini sensorang..pemandangan atas bukit memang indah...rakan-2 lain semua nya da naik puncak lagi atas... aku lepak ngan pasangan tam dan sha.. setelah lama melepak kat atas tu dengan keadaan orang yang semakin ramai, aku pon turun dapat kan isteri aku yang sedang tunggu kat lereng bukit dan dengan tam dan sha kami turun laa semula kebawah... wahhhh... cabaran semakin kuat.. badan da lemah-2.. tapi kerana da tak tahan duk kat atas dengan matahari da terbit memacak menyinari..tu yang lju jer turun... selang beberapa minit.. sampai laa kami di kaki bukit.. da ade ramai kat bawah tu dan kami pon singgah laa minum air kelapa sementara menunggu kawan-2 yang masih bergumbira bersnap pic kat puncak paling atas...setelah lama menunggu, rakan-2 semua pon dah turun.. dan kami bergerak pulang ke rumah tam dan sha untuk makan tengah hari... terima kasih pada rakan-2 SBJ yang menjayakan program memanjat bukit Broga.. dan juga Tam dan sha sebagai penaja penginapan dan makan minum...

No comments:

Post a Comment