Pages

click ler

Friday, April 15, 2011

Download Movie, Lagu direct dari server

Salam semua... hari ni aku nak ajar cara - cara mendownload melalui carian google yang membawa kepada direct link.. untung nasib akan dapat lah..cara mencari nya adalah seperti berikut...
  1. Taip di google seperti ini "index of .mp3 mychemical romance" abaikan tanda "" lepas tu tekan enter..
  2. korang kena cari link yang kebanyakan muncul dari carian tersebut seperti ini "Index of /mp3/My Chemical Romance", klik lah link tu dan korang akan dibawa ke directory yang menyimpan semua lagu tersebut..tapi.. dalam pencarian tersebut korang kena pandai jugak.. setelah tekan search dan dah keluar result nya.. jangan amik page yang first keluar, sebaliknya carik la page yang da ke 5,6,7 ke atas..
  3. pencarian ini boleh dipelbagaikan dengan meletakkan penghujung index of tu seperti ini ".mp3,.avi,.mp4 dan pelbagai extension yang anda rasa ada disimpan file-2 tersebut didalam format sedemikian.. so, selamat mencuba..
  4. ini adalah contoh link yang dicari menerusi carian google http://audiozen.us/mp3/m/My%20Chemical%20Romance/

Monday, April 11, 2011

kapal terbang kertas

Zaman korang dulu agak-2 apa benda korang main... selalunyer budak - budak luar bandar ni.. dorang main permainan yang mana dikatakan tradisional.. macam konda - kondi, teng - teng, tutup oren dan macam- macam lagi.. kalau nak dikira banyak laa jugak..itu game dikira luar rumah... tapi, ingat tak camner dulu main - main kapal terbang kertas? hehehe... sini aku nak ajar antara kapal terbang yg jadi mainan aku masa kecik... kalau zaman aku dulu macam citer katun The M.a.s.k ni ader jual barang - barang mainan nya.. tapi tak mampu derr nak membeli.. ini adalah kapal kertas yang aku rasa boleh laa buat modal sebabgai main dengan kawan-2.. bahan yang diperlukan hanya lah sekeping kertas... tiada gam dan gunting diperlukan..

sehelai kertas A4 pelbagai jenama..kertas surat khabar pon boleh jer kalau nak pakai.

lipat kertas A4 tadi menjadi seperti ini

lipat bahagian hujung seperti diatas iaitu dibahagian kanan hujung

ini pula sebelah kiri sama langkah dengan yang diatas

apabila dua bahagian tadi dah dilipat

bentukkan lipatan tadi menjadi seperti dalam gambar.. harapa anda semua dapat melakukan nyer.

setelah dilipat, ia akan berbentuk seperti ini..dan buat langkah ini dibahagian sebelah lagi lipatan . sila lihat gambar dibawah.

ini lah bentuk nya apabila kedua- dua bahagian telah dilipat.

kemudian, lipat bahagian tepi kertas seperti gambar dia atas, buat untuk kedua-dua bahagian tepi.

bentuk setelah dilipat dibahagian tepi...

bahagian atas hujung tadi, anda bentukkan menjadi seperti membuat kapal terbang kertas yang kita baling tu.

lipat bahagian belakang dan masukkan kedalam lipatan
gambar dia atas.. dan jadi lah kapal terbang yang menarik..






Wednesday, April 6, 2011

Ekspedisi Bukit Broga

2/4/2011
Hari ini kami membuat program memanjat bukit Broga, yang terletak di semenyih...aku dan isteri bersama rakan-2 bergerak seawal jam 5.30 pagi untuk menuju ke bukit broga.ini ada lah sejarah broga yang dipetik dari wikipedia...
"Broga mengambil nama sempena nama Sungai Beroga.
Beroga berasal dari kata Buragas, iaitu rasaksa yang sangat besar dan ganas, hidup di dalam tanah, sesekali keluar mandi di kawasan air terjun. Tanda-tanda Buragas akan keluar ialah apabila hujan panas pada waktu tengah hari. Ketika itu pasti ada darah tumpah akibat pertarungan antara dua jejaka. Buragas akan keluar mencari dua jejaka tersebut dan memusnahkan kedua-duanya serta kampung halaman."
bukit broga hanya 1.7km, tapi bila da panjat... rasa jauh gilaaa..
sampai jer kami di kaki bukit broga.. tengok - tengok da penuh dah kereta kat dalam kebun kelapa sawit tu..memasing yang datang sedang bersiap sedia untuk mendaki bukit. aku dan kawan-kawan lain terpaksa berpatah balik mencari masjid / surau berdekatan..dalam kul 6 pagi kami keluar semula dan pergi solat di surau yang dikira hampir juga dengan bukit broga ni.. selesai solat apa semua, kami pon pergi balik masuk ke kebun sawit..lagi ramai orang da sampai. tapi takper.. ramai - ramai laa best kan...aku dan orang rumah pon mula la bergerak.. pada awal pemanjatan, kaki memang da rasa berat dengan keadaan yang gelap.. kami redah juga lagipon ramai orang yang mendaki bukit tu.. tak ketinggalan budak kecik yang ikut mak bapak dorang.. aku dan isteri asyik stop sebab isteri aku kejang kaki, terima kasih pada ResQ team kami.. yakni En. Tajul yang sabar menunggu kami somi isteri untuk smpai puncak...setelah abis diredah smpai lah kami ke puncak pertama bukit broga..
pemandangan diatas bukit Broga


pandangan diatas bukit Broga yang rasa gayat masa daki


ini adalah antara puncak bukit broga






masa daki tu aku da rasa gayat tetambah bila tengok belakang... memang tipu ler orang sebelum ni kata panjat bukit tu santai.. takde makna nyer.. isteri aku hanya nak rehat di puncak pertama.. aku terus kan juga naik.. tapi berpatah balik sebab sian plak tinggal bini sensorang..pemandangan atas bukit memang indah...rakan-2 lain semua nya da naik puncak lagi atas... aku lepak ngan pasangan tam dan sha.. setelah lama melepak kat atas tu dengan keadaan orang yang semakin ramai, aku pon turun dapat kan isteri aku yang sedang tunggu kat lereng bukit dan dengan tam dan sha kami turun laa semula kebawah... wahhhh... cabaran semakin kuat.. badan da lemah-2.. tapi kerana da tak tahan duk kat atas dengan matahari da terbit memacak menyinari..tu yang lju jer turun... selang beberapa minit.. sampai laa kami di kaki bukit.. da ade ramai kat bawah tu dan kami pon singgah laa minum air kelapa sementara menunggu kawan-2 yang masih bergumbira bersnap pic kat puncak paling atas...setelah lama menunggu, rakan-2 semua pon dah turun.. dan kami bergerak pulang ke rumah tam dan sha untuk makan tengah hari... terima kasih pada rakan-2 SBJ yang menjayakan program memanjat bukit Broga.. dan juga Tam dan sha sebagai penaja penginapan dan makan minum...