Pages

click ler

Tuesday, February 26, 2013

Rezeki Tahun ini..Alhamdulillah..

Assalamualaikum kepada semua...

hehehe, dah lama sesangat la aku x masuk sini, hurmm.. bukan apa.. bersyukur kepada Allah
diatas kurniaan yang begitu besar sekali dalam hidup aku. aku dah dikurniakan anak lelaki
pertama.. masa baby aku nak lahir tu, aku tido kat spital lagi. sebab due date bini aku patutnyer
15hb January. tapi Doc da cakap sampai je tarikh tu, sakit ke tak. bini aku mesti kena datang
hospital. kami memilih Hospital Sungai Buloh untuk tempat bini aku bersalin.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhPOdOJ6TFfrukKSlXSoHge6KUxbvokEjOMeOskrne_LsFE244Byk2iSJWc3KGlWCCqUOwgtBjIVyFCA1c0I4wcvUE-cg8cOkCHlFuxmjWMScUCUnhayAyNHUyFuN1u9d8IUnc4OPgmjfg/s1600/hospital-sungai-buloh.jpg



Alhamdulillah aku selesa berada di hospital sg.buloh. sebelum ni memacam cerita aku dengar
dari mulut orang sampai isteri aku takut la nak bersalin kat situ.tapi berkat motivasi laki dia yang
manis ni, bini aku akur juga dengan aku.korang pon tau kan memacam orang cerita pasal layanan
nurse dan doktor disini. memang tak dinafikan masa aku di hospital ada gak aku tak puas hati.
tapi sorang dua sahaja. dan tak serius sangat masalah nya. kecuali masa bini aku cakap nak kena
masuk darah. yang tu family aku, mak dan abah aku dah bising-2 tanya apasal kena masuh darah
apa semua.makcik aku yg ada dirumah masa tu pon tanya juga kenapa. tapi bini aku cakap, kena
masuk darah sebab degup jantung bini aku laju sangat.tapi Alhamdulillah takde pon. lagi pon aku
tengok doktor yg cakap tu pon macam poyo gak. bukan poyo sebab apa. aku tengok muka dia
macam stress dan kelam kabut.

masa aku ushar dia, dia jalan laju jer pastu rapat kat dinding.pada aku takda masalah. maybe
sebab dia gerak dengan laju maka dinding tu adalah satu secure method buat dia. yer lah,
mana tau kalau jalan laju kat tengah -tengah terlanggar orang. so, dia lalu kat tepi tu, 2-2
selamat.lupakan citer doktor tu. berbalik pada masa bini aku nak bersalin. aku duk kat spital tu
dari 15hb jan pukul 11pagi dan bini aku pon ditahan untuk proses kelahiran.yang ni panjang giler
nak citer kot. maybe aku akan copy paste dari blog bini aku pas dia abis pantang nanti. cuma
yang pasti bini aku selamat melahirkan anak aku melalui caesar operation. ini adalah kerana
pembukaan laluan pada bayi terlalu sempit dan lama sangat. maka doktor meminta untuk dibuat
cara itu bagi menyelamat kan baby, aku pon setuju dan berdoa. dan alhamdullilah ketika itu aku
sensorang je dok kat area dewan bersalin tu. dan tanggal 18 january anak aku pon lahir..nurse kat situ bagitau aku yang aku dah boleh

melawat anak aku dan azan kan dia. lepas jer azankan anak aku, nurse bagi uri untuk aku bawak
balik dan tanam.

aku naik jumpa isteri aku secepat mungkin.sebab masa tu bukan masa melawat. memang segan
gak aku nak naik, sebab atas tu sume ibu-2 tengah menyusu, kang dorang kata aku skodeng plak.
pas jer jumpa bini aku and kiss dia sikit. aku pon gi surau dulu sebab da masuk subuh dan terus
la balik ke rumah. masa tu la baru lapar, mengantuk sume datang. isteri aku kena tahan sehingga
la 20hb jan iaitu hari ahad. dan dia boleh keluar tgh hari tu. kos keseluruhan adalah percuma
sebab aku keja gomen. terima kasih kerajaan.

so far, masa aku kat sana aku terima layanan yang aku rasa puas hati. nurse kat kaunter pon takde
masam muka dan layan je setiap pertanyaan.kebetulan pulak ada sorang anak jiran masa dirumah
lama aku. alin aku panggil dia. alin ni la jadi messenger aku..dengan isteri aku sepanjang aku
di spital sg. buloh tu.pada aku, selagi aku tak nampak dengan mata aku. aku tak akan percaya
dengan cakap orang. cuma yerr..memang risiko sebab kita nak merasai dulu. tapi Alhamdulillah
la semua jalan lancar. doktor di wad pembedahan pon sweet jer muka dia, muka cam bollywood.

kekadang cerita yang menakutkan wanita nak bersalin adalah macam yang bini aku
dengar..cerita yang bini aku dengar plak adalah dari kawan punya kawan punya kawan. dan
kawan yang dengar tu plak tak bersalin kat situ, sebaliknya dia pon dengar kawan dia cerita. dan
aku plak masa tu teringin nak jumpa orang yang mula mengarang cerita tu.bukan apa, kalau aku
businessman maybe takda masalah untuk aku hantar bini aku bersalin di hospital swasta.dan
kebanyakan yang bercerita ni sume orang yang mampu.dan kerana cerita itu lah diorang
bersemangat nak bersalin di hospital swasta. tapi bila terjadi perkara serius, hospital swasta tolak
balik ke kerajaan. sebab diorang pon tak berani. nanti ada apa-2 imej dorang sebagai hospital
swasta dah tercemar. sesilap dorang ni lah punca cerita di hospital kerajaan.okey lah...insyallah
next time aku tepek plak pic anak aku yer...sehingga sini dulu bersambung lagi nanti.