Pages

click ler

Thursday, January 10, 2013

salam.... selamat tahun baru diucap kan pada semua.. aku tgh bizi ngan kerja disamping menunggu ketibaan cahaya mata pertama aku.. mohon korang sume doakan isteri aku selamat melahirkan anak pertama aku tahun ni... Insyallah pada bila - bila masa saja..

pagi tadi baca - baca la kat internet, ada satu artikel menarik perhatian aku.. aku copy paste jer..
Kentut Lembu Dijual Dalam Tin! - Bagi anda yang sudah lama berhijrah ke bandar, sudah tentu kadang-kala akan merindui kampung halaman.
Jadi atas inisiatif itu, sebuah syarikat di Jerman telah menjual kentut lembu di dalam tin!
Tin yang diisi dengan udara yang disedut dari kayu yang sudah tua dan longgokan jerami yang penuh dengan ‘gas’ yang dikeluarkan oleh hasil ternakan lembu telah menjadi begitu diminati ramai.
Pengurus dari projek ‘Countryside air to go’ berkata pelanggan utama mereka adalah dikalangan mereka yang telah berhijrah ke kota dan rindukan suasana desa tempat tinggal mereka.
Kos bagi satu tin ini berharga £5 (lebih RM20) dan boleh ditempah di laman web www.stallduft.de.
Satu tag iklannya berbunyi ‘Hanya letakkan hidung pada tin ini akan mengembalikan aroma tulen desa anda’.
Pereka Daniela Dorrer, yang berasal dari desa Adlkofen di Bavaria, Jerman berkata kami berharap kepada mereka yang telah meninggalkan desa merasa gembira dan ingat kepada kampung halaman mereka.
“Kami merancang untuk bau lain seperti kuda, jerami, babi dan baja.
“Tetapi kebanyakan orang merindukan bau lembu, ia bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana kebanyakkan bau berasal dari lembu,” katanya.
Sementara itu, menurut pakar, kentut dan sendawa lembu boleh menyebabkan masalah pemanasan global.
Seekor lembu sahaja boleh mengeluarkan gas metana berbahaya dalam sehari cukup untuk mengisi botol berisipadu 400 liter dan ia sangat tidak baik untuk persekitaran.
Jadi dengan menyedut kentut lembu ini, mungkin mereka fikir ia boleh membantu menyelesaikan pemanasan global. – MyNewsHub
kekadang aku pikir gak, orang barat ni memacam dia boleh buat untuk dapat keuntungan, yang best nyer siap ada jawatan pakar lagi seperti kenyataan ini..
menurut pakar, kentut dan sendawa lembu boleh menyebabkan masalah pemanasan global.
pakar tu!! adakah dia tau bunyi kentut lembu tu macam mana? hahahaha!! mungkin berdasarkan bau kentut lembu dia boleh agak apa lembu tu makan kan? tapi kalau dikutkan benda yang dorang jual ni adalah macam bau keadaan dekat kampung bagi dorang. kalau kita plak kampung kita bau apa? cam kampung aku bau asap kereta jer. sebabnyer highway da dekat depan umah dah. cara dorang ambil bau tu pon ntah macam mana la rasanya. tapi kalau kampung aku lagi satu kat penang nun.. memang aku rasa ada bau unik.. bau kari.. hahaha.sebab tu orang penang sinonim ngan kari. even aku gi area midvalley punya flat ari tu. aku dapat bau yang sama dan terus aku teringat kampung kat penang tu. so, orang barat nak buat camtu la. maka terhasil la benda alah ni.

Inilah benda yang dikatakan kentut lembu tu..


pasni apa lah lagi barangan yang dorang kuar kan..

tapi, pada aku plak alang -2 dorang wat camni.. baik beli lembu sekor pastu hidu direct dari pungkoq lembu tu.. amacam?? ada berani ka? x sangka kentut lembu tu boleh wat bahan pembakaran...
barang baiikkk.....Rm2 sekali tembab, dijamin dapat nikmat punya...
 adehhh... kelakar plak aku baca berita tu.. so, kongsi sama ngan korang..