Pages

click ler

Tuesday, October 1, 2013

Staf Google Larang Anaknya Buka Google. why??

Book Authors Sue Google
credit to google image

Banyak pegawai tinggi Apple yang mendaftarkan anak mereka ke sekolah Waldorf di wilayah Los Altos, California, kerana di sana komputer tidak boleh digunakan sebelum kelas 8, penggunaannya pun sangat terbatas.
Seperti yang dilaporkan oleh New York Times, komputer tidak diperbolehkan digunakan dalam ruang kelas. Bahkan pihak melarang penggunaan komputer untuk pelajarnya di rumah.

Dari banyaknya pekerja Google yang mendaftarkan anak mereka di sekolah tersebut membuktikan bahwa standard yang diterapkan di sekolah Waldorf ternyata dirasa cukup baik oleh para orang tua.

“Program ini menolak anggapan bahawa teknologi sangat diperlukan pada tingkat dasar pendidikan sekolah,” ujar Alan Eagle, salah satu eksekutif di Google yang mendaftarkan anaknya ke sekolah tersebut.

Entah apa yang mendasari pemikiran para pekerja Google yang mendaftarkan anak mereka di sekolah tersebut, mengingat latar belakang orang tuanya yang penuh dengan teknologi.

Eagle mengatakan bahawa anaknya yang duduk di kelas 5 tidak tahu cara menggunakan Google, sementara anaknya yang kelas 8 baru belajar untuk menggunakan Google.

“Di Google, kami membuat teknologi agar semudah mungkin digunakan oleh konsumer, yang mungkin hal inilah yang boleh menghambat perkembangan otak dari anak-anak; semuanya menjadi terlalu mudah,” ungkap Eagle.

Sekolah Waldorf cukup berhasil dalam melakukan metode pendidikannya, banyak yang lulus dengan nilai tinggi. Banyak orang tua pun ikut memuji metode pendidikan sekolah tersebut. 


memang betul apa yang dicakapkan dorang, kekadang zaman sekarang ni budak-2 semua malas nak cari jawapan dengan memikir. jangan kata budak kecik, orang dewasa pon sama. sebab apa? dengan taip didalam google search boleh dikatakan memacam keluar. betul x?

Friday, July 19, 2013

motif sgt aku buat post pendek-2.. bukan apa.. sakit hati sebab apa aku x leh publish blog aku... tp bila aku taip santai camni dia kuar plak... nak kata opis block.. bleh bukak... anyway selamat berpuasa pada korang semua.. tahun ni aku x de la berbuka puasa di luar ngan kawan-2.. sebab nyer da ada baby aku kat umah.. kejap jer da 6 bulan anak aku.. Alhamdulilah syukur pada Allah.. biler ade anak kecik ni.. x de la kuar malam sgt dah.. melainkan gi kedai laa.. apa plan korang berbuka? masak sendiri or beli sajer..?

Wednesday, July 3, 2013

ntah apa - apa blog skrg.

Salam, makin lama makin malas lak jengok blog. bukan apa aku taip panjang -2 pastu nak post.. x leh publish.. so ni aku try pendek jer...

Tuesday, February 26, 2013

Rezeki Tahun ini..Alhamdulillah..

Assalamualaikum kepada semua...

hehehe, dah lama sesangat la aku x masuk sini, hurmm.. bukan apa.. bersyukur kepada Allah
diatas kurniaan yang begitu besar sekali dalam hidup aku. aku dah dikurniakan anak lelaki
pertama.. masa baby aku nak lahir tu, aku tido kat spital lagi. sebab due date bini aku patutnyer
15hb January. tapi Doc da cakap sampai je tarikh tu, sakit ke tak. bini aku mesti kena datang
hospital. kami memilih Hospital Sungai Buloh untuk tempat bini aku bersalin.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhPOdOJ6TFfrukKSlXSoHge6KUxbvokEjOMeOskrne_LsFE244Byk2iSJWc3KGlWCCqUOwgtBjIVyFCA1c0I4wcvUE-cg8cOkCHlFuxmjWMScUCUnhayAyNHUyFuN1u9d8IUnc4OPgmjfg/s1600/hospital-sungai-buloh.jpg



Alhamdulillah aku selesa berada di hospital sg.buloh. sebelum ni memacam cerita aku dengar
dari mulut orang sampai isteri aku takut la nak bersalin kat situ.tapi berkat motivasi laki dia yang
manis ni, bini aku akur juga dengan aku.korang pon tau kan memacam orang cerita pasal layanan
nurse dan doktor disini. memang tak dinafikan masa aku di hospital ada gak aku tak puas hati.
tapi sorang dua sahaja. dan tak serius sangat masalah nya. kecuali masa bini aku cakap nak kena
masuk darah. yang tu family aku, mak dan abah aku dah bising-2 tanya apasal kena masuh darah
apa semua.makcik aku yg ada dirumah masa tu pon tanya juga kenapa. tapi bini aku cakap, kena
masuk darah sebab degup jantung bini aku laju sangat.tapi Alhamdulillah takde pon. lagi pon aku
tengok doktor yg cakap tu pon macam poyo gak. bukan poyo sebab apa. aku tengok muka dia
macam stress dan kelam kabut.

masa aku ushar dia, dia jalan laju jer pastu rapat kat dinding.pada aku takda masalah. maybe
sebab dia gerak dengan laju maka dinding tu adalah satu secure method buat dia. yer lah,
mana tau kalau jalan laju kat tengah -tengah terlanggar orang. so, dia lalu kat tepi tu, 2-2
selamat.lupakan citer doktor tu. berbalik pada masa bini aku nak bersalin. aku duk kat spital tu
dari 15hb jan pukul 11pagi dan bini aku pon ditahan untuk proses kelahiran.yang ni panjang giler
nak citer kot. maybe aku akan copy paste dari blog bini aku pas dia abis pantang nanti. cuma
yang pasti bini aku selamat melahirkan anak aku melalui caesar operation. ini adalah kerana
pembukaan laluan pada bayi terlalu sempit dan lama sangat. maka doktor meminta untuk dibuat
cara itu bagi menyelamat kan baby, aku pon setuju dan berdoa. dan alhamdullilah ketika itu aku
sensorang je dok kat area dewan bersalin tu. dan tanggal 18 january anak aku pon lahir..nurse kat situ bagitau aku yang aku dah boleh

melawat anak aku dan azan kan dia. lepas jer azankan anak aku, nurse bagi uri untuk aku bawak
balik dan tanam.

aku naik jumpa isteri aku secepat mungkin.sebab masa tu bukan masa melawat. memang segan
gak aku nak naik, sebab atas tu sume ibu-2 tengah menyusu, kang dorang kata aku skodeng plak.
pas jer jumpa bini aku and kiss dia sikit. aku pon gi surau dulu sebab da masuk subuh dan terus
la balik ke rumah. masa tu la baru lapar, mengantuk sume datang. isteri aku kena tahan sehingga
la 20hb jan iaitu hari ahad. dan dia boleh keluar tgh hari tu. kos keseluruhan adalah percuma
sebab aku keja gomen. terima kasih kerajaan.

so far, masa aku kat sana aku terima layanan yang aku rasa puas hati. nurse kat kaunter pon takde
masam muka dan layan je setiap pertanyaan.kebetulan pulak ada sorang anak jiran masa dirumah
lama aku. alin aku panggil dia. alin ni la jadi messenger aku..dengan isteri aku sepanjang aku
di spital sg. buloh tu.pada aku, selagi aku tak nampak dengan mata aku. aku tak akan percaya
dengan cakap orang. cuma yerr..memang risiko sebab kita nak merasai dulu. tapi Alhamdulillah
la semua jalan lancar. doktor di wad pembedahan pon sweet jer muka dia, muka cam bollywood.

kekadang cerita yang menakutkan wanita nak bersalin adalah macam yang bini aku
dengar..cerita yang bini aku dengar plak adalah dari kawan punya kawan punya kawan. dan
kawan yang dengar tu plak tak bersalin kat situ, sebaliknya dia pon dengar kawan dia cerita. dan
aku plak masa tu teringin nak jumpa orang yang mula mengarang cerita tu.bukan apa, kalau aku
businessman maybe takda masalah untuk aku hantar bini aku bersalin di hospital swasta.dan
kebanyakan yang bercerita ni sume orang yang mampu.dan kerana cerita itu lah diorang
bersemangat nak bersalin di hospital swasta. tapi bila terjadi perkara serius, hospital swasta tolak
balik ke kerajaan. sebab diorang pon tak berani. nanti ada apa-2 imej dorang sebagai hospital
swasta dah tercemar. sesilap dorang ni lah punca cerita di hospital kerajaan.okey lah...insyallah
next time aku tepek plak pic anak aku yer...sehingga sini dulu bersambung lagi nanti.

Thursday, January 10, 2013

salam.... selamat tahun baru diucap kan pada semua.. aku tgh bizi ngan kerja disamping menunggu ketibaan cahaya mata pertama aku.. mohon korang sume doakan isteri aku selamat melahirkan anak pertama aku tahun ni... Insyallah pada bila - bila masa saja..

pagi tadi baca - baca la kat internet, ada satu artikel menarik perhatian aku.. aku copy paste jer..
Kentut Lembu Dijual Dalam Tin! - Bagi anda yang sudah lama berhijrah ke bandar, sudah tentu kadang-kala akan merindui kampung halaman.
Jadi atas inisiatif itu, sebuah syarikat di Jerman telah menjual kentut lembu di dalam tin!
Tin yang diisi dengan udara yang disedut dari kayu yang sudah tua dan longgokan jerami yang penuh dengan ‘gas’ yang dikeluarkan oleh hasil ternakan lembu telah menjadi begitu diminati ramai.
Pengurus dari projek ‘Countryside air to go’ berkata pelanggan utama mereka adalah dikalangan mereka yang telah berhijrah ke kota dan rindukan suasana desa tempat tinggal mereka.
Kos bagi satu tin ini berharga £5 (lebih RM20) dan boleh ditempah di laman web www.stallduft.de.
Satu tag iklannya berbunyi ‘Hanya letakkan hidung pada tin ini akan mengembalikan aroma tulen desa anda’.
Pereka Daniela Dorrer, yang berasal dari desa Adlkofen di Bavaria, Jerman berkata kami berharap kepada mereka yang telah meninggalkan desa merasa gembira dan ingat kepada kampung halaman mereka.
“Kami merancang untuk bau lain seperti kuda, jerami, babi dan baja.
“Tetapi kebanyakan orang merindukan bau lembu, ia bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana kebanyakkan bau berasal dari lembu,” katanya.
Sementara itu, menurut pakar, kentut dan sendawa lembu boleh menyebabkan masalah pemanasan global.
Seekor lembu sahaja boleh mengeluarkan gas metana berbahaya dalam sehari cukup untuk mengisi botol berisipadu 400 liter dan ia sangat tidak baik untuk persekitaran.
Jadi dengan menyedut kentut lembu ini, mungkin mereka fikir ia boleh membantu menyelesaikan pemanasan global. – MyNewsHub
kekadang aku pikir gak, orang barat ni memacam dia boleh buat untuk dapat keuntungan, yang best nyer siap ada jawatan pakar lagi seperti kenyataan ini..
menurut pakar, kentut dan sendawa lembu boleh menyebabkan masalah pemanasan global.
pakar tu!! adakah dia tau bunyi kentut lembu tu macam mana? hahahaha!! mungkin berdasarkan bau kentut lembu dia boleh agak apa lembu tu makan kan? tapi kalau dikutkan benda yang dorang jual ni adalah macam bau keadaan dekat kampung bagi dorang. kalau kita plak kampung kita bau apa? cam kampung aku bau asap kereta jer. sebabnyer highway da dekat depan umah dah. cara dorang ambil bau tu pon ntah macam mana la rasanya. tapi kalau kampung aku lagi satu kat penang nun.. memang aku rasa ada bau unik.. bau kari.. hahaha.sebab tu orang penang sinonim ngan kari. even aku gi area midvalley punya flat ari tu. aku dapat bau yang sama dan terus aku teringat kampung kat penang tu. so, orang barat nak buat camtu la. maka terhasil la benda alah ni.

Inilah benda yang dikatakan kentut lembu tu..


pasni apa lah lagi barangan yang dorang kuar kan..

tapi, pada aku plak alang -2 dorang wat camni.. baik beli lembu sekor pastu hidu direct dari pungkoq lembu tu.. amacam?? ada berani ka? x sangka kentut lembu tu boleh wat bahan pembakaran...
barang baiikkk.....Rm2 sekali tembab, dijamin dapat nikmat punya...
 adehhh... kelakar plak aku baca berita tu.. so, kongsi sama ngan korang..