Harap nya belum terlambat untuk aku ucap selamat hari raya pada korang semua, hurmmm.. raya kali ni memang amat kelam kabut buat aku dan isteri. apa - apa pun aku dan isteri nak ucapkan dulu
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
BUAT PEMBACA BLOG BUKUSKRAP AKU
Balik ke umah mak mentua aku dalam kul 6, dan alamak org da start balik kg, aku pon smpai kat umah mak mentua aku da dekat kul 7. ikut kan cepat jer, tp kerna pinjam orang kena la jaga seperti intan permata. balik je umah mak mentua aku, bini aku da masam muka.huhuhuhu pasal dia da siap bungkus bekal nak makan dlm keta. udahnya berbuka jugak kat umah mak mentua aku. sementelah itu, after calling mak aku yang masa tu gerak dah gi balik kg. dia cakap dia da nak smpai. umang aihhh aku cakap. biar betik? pasal masa aku gerak balik dari umah mak aku.dorang ada lg kat umah, masa aku call tu dorang da kat tapah. padahal aku smpai umah mak mentua aku dan berbuka posa jer baru dlm 1 jam. tp mak aku bilang jalan cantekk!! aku pon apa lagi, takut jem nye pasal aku pederas la mandi n solat siap-2. pastu plak dengar kat TV3 kata jalan kat slim river jem. pastu dorang tengok balik da tak jem. hahahahaha, boleh plak pengacara tu cakap, maybe tak jem pasal org semua berbuka posa.
lepas bukak posa baru jem balik. kelakor plak aku dengar. so, aku pon masukkan beg dalam keta dan terus la gerak kuar. dekat kul 8 gak laa. tup-2 mak aku call tapi x clear. aku tau dorang da sampai.perjalanan Alhamdulillah takda masalah, sebab ujan pon sama. aku siap berenti rehat kat tapah dulu walhal da dekat dah ngan umah atok aku. kira kat 10.30 gak la aku sampai ke gopeng.memang kelam kabut ari tu.
Hari raya tahun ni aku tak rasa apa-2 sangat pasal umah atok aku sentiasa penuh ngan orang, pastu plak bini aku sakit gigi. sian dia, aku da tak tau nak wat apa-2.da la dia pregnant pastu menahan sakit gigi. maybe baby dalam perut dok sedut kalsium dari bini aku. buat isteri ku, bertabah la sayang. Insyallah baby kuar bdan macam abang gak. huhuhuhu, aku ni berangka besar kerana ada darah pakistan dari belah mak aku dan arwah atok aku pon memang org pakistan yang membesar di Malaysia.ermmm, aku nak sambung karang. banyak nak cerita ni.
ermmm, hari raya kedua tu aku dan wife gerak balik ke penang membontoti keta adik aku yg membawa mak ngan abah aku.sementara itu kat taiping ade adik pompuan aku yang masa tu da get ready untuk gerak ke penang gak. perjalanan amat lah lancar. takda jem apa semua. hingga lah pada saat kami berhampiran exit taiping. kereta break down and langsung tak idup. aduhhhh.. frust gila masa tu sebab da pikir jadi balik macam mana adik aku kena ari tu. sah!! memang betul sama ngan adik aku kena. padahal baru je kuar pusat servis tu. kereta kami naik breakdown tengah - tengah highway. aku terus kol family aku maklum. adik aku tuan punya kereta da cam xsedap ati sebab dia kata dia da servis pe semua.