Pages

click ler

Monday, July 30, 2012

Awas!! Teknik Terbaru Rembat kenderaan

    Minggu lalu, kereta seorang wanita telah dicuri di tempat yang sangat sibuk berhampiran Jaya Jusco di Mahkota Cheras, Kuala Lumpur . Kejadian ini adalah sesuatu yang sangat bernilai untuk dikongsi bersama supaya kita dapat mengurangkan peluang kepada pencuri kereta.
Selepas meletakkan keretanya di tepi jalan di luar Jusco, wanita tersebut mendapati bahawa dia tidak berjaya untuk mengunci keretanya dengan alat kawalan jauh (remote). Pada fikiran beliau alat kawalan jauh tersebut telah kehabisan bateri atau rosak, lalu beliau hanya menggunakan kunci biasa untuk mengunci keretanya secara manual.
Beliau kemudian pergi untuk membeli beberapa barangan runcit dan kira-kira 30 minit kemudian apabila dia kembali ke tempat di mana dia meletakkan kereta beliau, didapati keretanya telah hilang.
Kemudian di balai polis dan juga di agensi insurans, beliau telah diberitahu bahawa terdapat beberapa sindiket mencuri kereta yang menggunakan peranti elektronik ‘klip’frekuensi alat kawalan jauh kereta (car remote’s frequency clipping). Alat ini boleh mengesan frekuensi remote kereta semasa ia digunakan untuk mengunci kereta.
Kesan dari operasi ‘clipping’ oleh pencuri kereta ini akan menyebabkan pemilik kenderaan tersebut tidak dapat mengunci kereta dengan alat kawalan jauh.Jadi pemilik kereta akan menguncinya secara manual. Sebaik sahaja pencuri ini memperolehi frekuensi alat kawalan jauh kereta anda, mereka akan mencuri kereta apabila anda berada jauh dari kereta anda.
Pengajaran untuk masa depan apabila anda tidak dapat mengunci kereta anda dengan alat kawalan jauh, kemungkinan tinggi bahawa seseorang berdekatan telah mensasarkan kereta anda. Jadi anda dinasihatkan supaya tidak meletak kenderaan di tempat tersebut dan beredarlah dari situ.
sharing is caring is loving Awas! Hati Hati,Ada Teknik Terbaru Curi Kereta – Informasi Dot My

Sunday, July 29, 2012

satu hari ahad di bulan posa

 Pagi ni patut nya aku kena gi kelas, tapi biasa la bulan posa kan. terlelap smpai kul 8.30 pg.. mana tak nya,semalam tido kul 3pg, dok main tenet.so, lepas sahur and subuh lelap la jap.. sudahnya langsung terbabas. bg tau kwn aku malam tadi aku akan datang. tapi takper, 12 ogos ni ada lagi kelas. so masa tu la baru datang bagi alasan. hehehehe...
  hari ni dok umah lepak jer, cuma tadi gi buang sampah, itu lah yang aku rasa aku ada bergerak wat kerja. family aku gi cari baju raya, aku ngan wife aku dok umah jaga nenek aku. tahun ni simple jer aku rasa, sebab wang harus disimpan memandangkan wife aku pon ngandung kan. so, kena standby laa duit apa semua.
   cadang nak wat over time gak ari ni, tapi kemalasan melanda kan. maka tiada lah ot. huwaaaa... apasal ler aku malas jer ari ni.so kerana x mo malas - malas aku posting la ntah apa-2 punya post. sebab tadi aku dok belek aku punya dashbord blog aku. sebab aku da tukar nama baru blog aku dari

Reez - Ieza.blogspot.com
 kepada 
bukuskrap-aku.blogspot.com

aku tension sebab aku try search kat google tak kuar pon blog baru ni, tapi yang keluar adalah blog lama aku yg add dia reez-ieza tu. aku tukar nama blog ni pon sebab bg unik la sikit. baru la kot ade orang yang nak berkunjung. sebab kalau blog yg nama reez-ieza tu orang mungkin pikir yang blog ni tak abis tak bukan sebuah blog personal. kat blog aku ni special sebab aku ada sediakan bahagian download secara direct untuk game. dan kalau korang rasa nak apa -apa untuk download. boleh bagi tau aku, Insyallah aku cuba tolong.

Wednesday, July 25, 2012

Selamat Berpuasa

Salam semua... lama giloss x masuk sini.. ade la dekat sebulan kot.. bukan apa, takde apa nak dikongsi dan bizi kekdah nyer... lagi pon sibuk urus umah tangga.. hehehehe, Alhamdulillah wife aku pon dah pregnant nak masuk 4bulan..harap pembaca semua doa kan yang terbaik buat kami. Insyallah dijangka lahir tahun depan. Anak sulung la katakan..


  Anyway tak terlambat lagi nak aku ucapkan selamat berpuasa kepada korang semua, harap korang ceria sentiasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. kena bnyk bersabar dan sentiasa tenang okey. Insyallah semua akan dimudah kan. lapar tu memang lapar kan? tapi kalau dah biasa tu, aku rasa takda hal laa. dulu aku kerja kilang lagi la perit aku rasa . Bayangkan kerja penat woo..masa tu aku keja offline. offline ni maksud dia aku tak duduk dekat line ngan operator lain, tapi aku wat kerja aku kat belakang gudang. aku ditugaskan untuk packing barang-barang yang operator ni buat. masa tu aku keja di kilang tv dan di bahagian FBT. Fbt ni plak berat dia satu dekat 1/2 kilo..so, aku kena packing dan angkat kotak-kotak ni semua untuk dibuat shipment. memang letih laa. tapi itu la pengalaman aku, bila puasa jer aku mesti kenang zaman aku keja kilang dulu. sebabnyer keja tu jauh beza ngan keja sekarang. aku duk dalam aircond sambil menaikkan badan, kalau aku still keja kilang aku rasa mesti aku fit. wakakakak, sebab tu sekarang Alhamdulillah la posa ni takde rasa apa pon, tapi time nak buat posa sunat plak. mak aiii rasa berat  tul nak wat.

   untuk mengelakkan rasa lapor korang, apa kata korang try wat quiz kat bawah ni. kalau korang leh wat maksudnya posa ni takde masalah wat korang.


Kalau boleh baca ni, Maknanya otak korang masih berfungsi dgn normal.

Kalau tak pas nie, ada something wrong ngan otak korang.

Short Neurological Test


1-cari huruf C dibawah ni. jangan gunakan mouse korang. tengok jer..

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOCOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO


2- kalau korang dah jumpa C tadi, sekarang cari plak nombor 6 kat bawah ni plak.

99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
69999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999


3 – dah jumpa no. 6 td tak? okey, skrg cari plak N kat bawah ni, yang ni susah sikit la,

MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMNMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM


Ini dorang kata BUKAN gurauan tau,tapi kalau korang pass 3 test ni.Otak korang memang bagus la dan jauh dari penyakit Alzheimer. Wallahuallam.
Tahniah!!