Pages

click ler

Friday, May 27, 2011

On Screen Keyboard

  Salam semua, hari ni aku nak berkongsi sedikit tentang trick computer. hari ni aku nak mula kan dengan On Screen Keyboard atau di short formkan ayat tu jadi OSK.. cara untuk mengeluarkan OSK ni di pc kita, senang jer caranya. korang cuma kena tekan butang window  +  Butang R atau atau pon klik jer butang windows tu carik jer Run..











lepas tu akan keluar la kotak Run














taip OSK kat dalam kotak Run tu dan tekan ENTER akan keluar la virtual keyboard kat pc korang..

Wednesday, May 25, 2011

Badminton

        Semalam takde mood nak training abdminton, ini semua kerana gara-gara reket aku Missing In Action... huwaaaa... nak kena kuar duit lg beli reket baru.. adoiyaiii... da la nak game kat penang, reket aku yang hilang tu boleh dikatakan paling aku puas hati..brand RSL dan aku beli kat kedai kawan aku, dia bagi diskaun kaw-kaw.. tapi sekarang ni aku masih mencari dimana laa reket aku tu aku letak.. adakah ia hilang, salah letak atau pon orang rembat.. sesapa yang nak bantu aku klik ler advert kat blog aku ni.. berkat la sikit bila main kalau ade org sponsor.. heheheh...

gambar sekadar hiasan sahaja

Monday, May 23, 2011

Kesan Tidur Berlebihan

     Cuti minggu semalam apa kah aktiviti yang korang buat? cover balik tidur kan? ngeh ngeh ngeh... okey ler.. disini aku nak kongsi sikit.. tidur berlebihan ni memang lah tak digalakkan, bagi orang Islam pulak.. tidur yang banyak boleh bawak penyakit. Tidur lepas subuh tak elok jugak, sebab lepas subuh ni.. pintu rezeki tengah terbukak... lagi satu solat subuh tu penting gak..tetapi kekadang dah ngantuk dan letih dan ditambah hari tu hari cuti.. memang cover kaw-2 laa..aku dulu masa sekolah boleh dikatakan kuat tidur.. sebab letih balik dari sekolah.. kuat tidur ni mengingat kan aku balik masa aku kecik-2 dulu..sampai kan aku pernah dikena kan oleh abah aku sebab aku tertidur balik dari sekolah sampai senja dan tak bangun solat... aku bangun kul 7 ptg masa tu.. abah aku datang bilik aku jerit-2 kata aku da lewat gi sekolah, dia cakap kat aku macam mana leh tidur dari ptg semalam smpai pagi tak sedar-2.. aku pon apa lagi.. terkujat laa...
     Sebaik jer aku bangun, aku terus la cari baju sekolah dengan tak mandi nya, terus sarung balik baju sekolah pakai seluar pastu basuh muka.. sambil muka da pucat, masa tu aku darjah 6 dan aku pengawas sekolah. rasa cam tak best kalau aku ponteng sekolah sebab lewat bangun jer.. elok jer aku dah siap.. aku pon gi laa pakai kasut sekolah.. tiba-2 aku perasan sesuatu.. jam memang pukul 7, waktu pon macam pagi lepas tu pulak tv on.. kira logik sebab tv masa tu da start kul 6 pg.. TETAPI.. yang memusykil kan aku bila mana aku perati kan adik aku yg lagi 2 orang tersengih cam kerang busuk..tak gaduh plak nak gi sekolah.. aku da rasa pelik..pastu kat tv plak ade citer kartun.. mana ade citer kartun pagi-2.. lepas tu aku tengok abah aku ngan mak aku dah gelak-2..hampehh... aku kena tipu rupanya.. aku pon tarik muka tanda protess sedang kan nak gelak pon ader.. hahahahah.. itu la pengalaman aku kuat tidur siang.. da tua-2 ni aku da tak ajar diri aku tidur siang.. kecuali aku letih sangat-2..
          Sebenarnya, tidur berlebihan ni ada banayk kesan sampingannya... yang mana menghalang kehidupan kita sehari-2, perkara ini lah yang boleh menyebab kan kesihatan dan gangguan mental.. macam tak percaya je kan.. bila kita tidur terlalu banyak, otot-2 kita ni akan jadi relaks dan suhu badan kita akan berubah menjadi rendah.. ini adalah kerana untuk mengimbangi tubuh kita dari kegiatan fizikal. maka bila kita tidur lagi banyak, tubuh kita akan jadi lebih relaks lagi dan suhu berubah ke tahap paling rendah.. bila kita bangun jer dari tidur, tubuh kita akan jadi seperti enjin baru nak start..maksud disini ialah, ketika korang bangun je dari tidur, beberapa minit diperlukan sebelum suhu badan menjadi normal.. ini lah yang buat kan kita merasa lesu dan tak bermaya.
    Seterusnya, korang akan kehilangan waktu tambahan yang korang boleh habiskan pada setiap aktiviti fizikal atau latihan ringan. Oleh kerana kita tidak menggunakan tubuh  sehingga otot menjadi lemah tetapi kita tidak juga melakukan apa pun untuk memulihkan otot yang lemah. Oleh kerana itu kesihatan fizikal akan menjadi lemah secara keseluruhan. Aktiviti fizikal membantu kita menghasilkan feromon dalam tubuh yang membantu kita menjadi tenang dan ceria.Tapi oleh kerana tidur yang berlebihan telah menghalang hormon ini untuk dihasilkan dan oleh kerana itu kita akan  merasa lemah badan sedangkan kita dah tidur terlalu banyak. disini lah secara langsung nya menyebab kan Keletihan dan kemalasan.
       Secara keseluruhan nya, tidur berlebihan akan menyebabkan pergerakan kita menjadi lembab dan rasa slow jer..walaupun kita tidur banyak dan seharunya kita jadi lagi bertenaga.. tapi ini tidak, badan kita rasa tak bertenaga langsung.. lagi satu pada orang yang kuat tidur kalau tengok muka tu mesti muka cam lebar jer.. tidur banyak pon leh sebab kan lupa ingatan.. apa- apa pun.. boleh jer tidur, tapi cukup la sekadar mampu untuk cover letih badan..